Jumaat, 13 Julai 2012

Inisiatif NKRA Atasi Jenayah Jalanan Diperluas Ke Jenayah Lain - Hishammuddin


PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) -- Inisiatif yang diguna pakai di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengatasi kes-kes jenayah jalanan di seluruh negara yang kini menunjukkan kejayaan akan diguna pakai untuk mengatasi masalah jenayah lain seperti kes pecah rumah dan penculikan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan berjumpa dengan empat Ketua Polis Negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk membincangkan langkah yang perlu diambil di bawah inisiatif itu bagi mencegah jenayah di kawasan tumpuan penjenayah, termasuk kawasan letak kereta di pusat membeli belah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pula akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah seluruh negara untuk mendapatkan input mengenai kejadian jenayah di kawasan masing-masing dan membincangkan langkah-langkah mengatasinya, katanya kepada pemberita di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...