Khamis, 4 April 2013

Akibat Balas Dendam, Seorang Lelaki Mati Ditembak Sembilan Das


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan dua individu dalam satu kejadian di kawasan flat Taman Sri Serdang, dekat sini malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi, Bernard Ooi Boh Beng, 39, ditembak enam das di bahagian dada dan tiga das lagi masing-masing di ketiak sebelah kanan, lengan kiri dan perut.
Ketua Polis daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias berkata polis percaya motif kejadian kerana balas dendam berdasarkan jumlah tembakan yang dilepaskan.

MAYAT WARGA ASING DIJUMPAI BERBUNGKUS DENGAN GUNI

Gambar hiasan

Alor Setar, 3 April - Polis menemui mayat seorang lelaki warga asing di sebuah kolam berhampiran sebuah kilang memproses beras di Kampung Sungai Daun Tengah dekat Yan awal hari ini. 

Mayat lelaki dipercayai warga Myanmar itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi sebelum melaporkan penemuan itu kepada polis. Ketua Polis Daerah Yan DSP Ismail Abu berkata mayat berusia 20-an itu lengkap berpakaian dan berbungkus dengan guni dari kepala hingga paras pinggang. 

DATUK SERI DICARI BANTU SIASATAN KES BERKAITAN OPERASI DAULAT


Lahad Datu, 3 April - Polis mencari seorang lagi lelaki tempatan bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang berkata Clarence Luing Karl@Muhammad Khalil John L Karl, 57, dicari kerana dipercayai mempunyai hubungan dengan kesultanan Sulu.

"Lelaki yang alamat terakhir di RH55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...