Rabu, 25 Jun 2014

Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Diesel


JOHOR BARU: Polis Marin Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel bersubsidi di Tanjung Belungkor, Kota Tinggi tengah malam Isnin dengan nilai rampasan hampir RM5 juta.

Komander pasukan ACP Paul Khiu Kon Chiang berkata menerusi operasi bersepadu khas bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor itu, serbuan telah diadakan di sebuah jeti persendirian di Tanjung Belungkor yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan diesel. 

Beliau berkata enam kru kapal warganegara asing beserta sebuah kapal ditahan, yang disyaki sedang menjalankan aktiviti pemindahan diesel ke dalam kapal. 

Penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Ia menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...