Isnin, 7 Disember 2015

KDN Warta Perintah Larangan Penerbitan 7 Buku

PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan tujuh buku berunsur keagamaan yang boleh memudaratkan ketenteraman dan kepentingan awam, berkuatkuasa 3 November lalu..

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata isi kandungan penerbitan-penerbitan itu didapati boleh mengelirukan umat Islam di negara ini.

"Ia menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan al-Hadith," katanya.

Tujuh buah buku berbahasa Melayu itu ialah Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan: Mengenal Diri, Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan: Mati Sebelum Mati, Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan: Cahaya Di Atas Cahaya dan Warisan Ilmu Tok Kenali Kelantan: 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi.

Polis Siasat Dakwaan Penganjur Skuasy Wanita Dunia

 
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penganjur Kejohanan Skuasy Wanita Dunia, Kumpulan Hallmarks Events yang mendakwa kejohanan yang akan diadakan di sini pada 11-18 Disember, ditangguhkan kerana kebimbangan terhadap keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon, berkata pihaknya sudah berjumpa dengan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berhubung kenyataan Kumpulan Hallmark Events.

Polis memandang serius dakwaan berkenaan kerana penganjur kejohanan itu mengeluarkan kenyataan mengenai isu keselamatan tanpa merujuk kepada pihak polis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...