Isnin, 21 Disember 2015

Wan Abdul Bari Komander Pasukan Keselamatan PDRM Esscom baharu

KUALA LUMPUR- Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Negeri Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dilantik sebagai Komander Pasukan Keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang baharu berkuatkuasa pada Rabu ini.
Tugas beliau diambil alih oleh Asisten Komisioner Mohd. Nadzri Hussain yang akan memangku jawatan tersebut.

Majlis serah terima tugas antara Wan Abdul Bari dan Nadzri disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Polis pantau premis jual vape

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu akan membuat pemantauan di semua premis menjual rokok elektronik (vape) yang ada di negeri ini bagi memastikan tiada unsur-unsur penyalahgunaan bahan terlarang terutamanya dadah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan di seluruh premis jualan cecair vape berikutan ia kini menjadi satu trend yang semakin membimbangkan.

“Bagaimanapun, setakat hari ini kita tidak menerima sebarang maklumat berhubung penyalahgunaan vape di sini, dan tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan.

Tangani tekanan kerja polis

KUALA TERENGGANU - Peningkatan jumlah pegawai dan anggota polis yang bersara awal kerana tekanan merupakan satu masalah yang serius dan perlu ditangani segera.

Timbalan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Hussin Awang Ngah berkata, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mencari penyelesaian terbaik, bagaimana dan kenapa perkara ini berlaku.

Menurutnya, PDRM perlu melihat perkara ini sebagai satu ancaman kepada pasukan dan perlu kajian menyeluruh tentang permasalahan pegawai dan anggota sehingga ke akar umbi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...