 
 
KUANTAN 7 Jun - Seorang wanita rugi kira-kira 
RM20,000 apabila beg tangannya diragut dua lelaki yang menaiki motosikal
 ketika hendak memasuki keretanya di hadapan surau Taman Murni dekat 
Sungai Isap, di sini semalam.
Menurut Pegawai Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten 
Supritendan Noor Asyikin Shamsuri, kejadian tersebut berlaku pukul 10.40
 pagi selepas mangsa menghadiri mesyuarat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) 
di surau berkenaan.
 
 
 
 





 
