Jumaat, 25 Mei 2012

Kanak-kanak dua tahun alami kesan gigitan, luka dipercayai didera ibu bapa


Picture
IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami kesan gigitan dan luka di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu bapa kandungnya di rumah mereka di Chui Chak, Langkap dekat sini.

Kanak-kanak malang itu dibawa ke klinik apabila bapa mangsa mendapati anaknya mengalami keguguran rambut, dan apabila diperiksa kanak-kanak berkenaan mempunyai kesan lebam, luka dan gigitan di seluruh badannya. 


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie yang melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berkata kanak-kanak itu kemudiannya dimasukkan ke hospital berkenaan pada 19 Mei lepas untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. 

Curi komputer: Lelaki dipenjara tiga tahun



Image Detail
KUANTAN – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri satu set komputer peribadi berharga RM3,000 Jumaat lepas.
Mohd Hattar Hamzah, 39, dituduh memecah masuk dan mencuri komputer, monitor, papan kekunci dan tetikus dari sebuah kedai 3E Elektrikal Sdn Bhd, No 4-19, Tingkat Bawah, Blok G, Medan Warisan, Jalan Gambang di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan denda.

Curi syampu: Pengawal dihukum penjara, sebatan


Image Detail
KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan yang mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau, hari ini dihukum penjara dua bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah mencuri empat botol syampu.
Majistret Parvin Hameedah Natchiar memerintahkan Zainal Alam Osman yang juga penghidap HIV menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap semalam.
Zainal Alam, 52, mengaku mencuri empat botol syampu yang kesemuanya bernilai RM62.70 di premis rangkaian Watson, Desa Setapak, Seksyen 2, Wangsa Maju, Sentul di sini pada 6 petang, 24 Mei lepas.
Duda kepada dua orang anak yang berusia 13 dan 15 tahun, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda atau boleh dikenakan sebatan. – BERNAMA

Polis tumpaskan Geng Wan Tongek


Image Detail
KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan geng curi motosikal dikenali sebagai ”Geng Wan Tongek”, yang bergiat aktif di sekitar Ampang, dengan tertangkapnya tiga lelaki Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 dan 25 tahun itu ditahan di Kampung Indah di sini.
Beliau berkata, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Indah 2, Kampung Indah, yang dipercayai dijadikan bengkel haram itu, polis turut merampas lapan motosikal, 11 rangka motosikal serta pelbagai komponen motosikal yang dipercayai barang curi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...