Isnin, 13 Ogos 2012

Pengusaha restoran disamun kumpulan menyamar polis


Pengusaha restoran disamun kumpulan menyamar polis
TAPAH - Seorang pengusaha restoran bukan sahaja berdepan dengan detik-detik cemas malah mengalami kerugian sebanyak RM30,000 apabila disamun sekumpulan individu  menyamar di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Dupeti Superitenden, Abdullah Arshad berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu, kira-kira jam 4 petang di Simpang Bidor Tahan setelah mangsa menyelesaikan urusannya di salah sebuah bank di Bidor.

Katanya, mangsa berusia 58 tahun bersama-sama anak lelakinya berusia 20-an dalam perjalanan pulang, kemudian kenderaan mereka dihimpit dengan sebuah kereta jenis Nissan.

Menurutnya, kereta  yang dipandu mangsa diarah berhenti di tepi jalan oleh suspek dan mereka menuruti arahan berkenaan kerana menyangka suspek anggota polis.

Beliau berkata, setelah kereta mangsa berhenti, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an  memakai vest polis turun dan menghampiri mereka.

Penduduk Bandar Tasik Puteri bimbang kes pecah rumah berleluasa

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 kes pecah rumah melibatkan 10 buah rumah dilaporkan berlaku dalam tempoh dua tahun lalu di Jalan 6/33 Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Ada rumah yang dipecah masuk sebanyak dua kali.
Ahli Jawatankuasa Penduduk, Abdul Halid Zakaria berkata kesemua 28 keluarga di kawasan itu kini sentiasa dalam keadaan bimbang dan merasa tidak selamat.
"Perkara ini amat membimbangkan kami kerana keselamatan penduduk berada di tahap yang terancam dan tidak selamat seperti sebelum ini," katanya ketika sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata penduduk sudah membuat laporan kepada pihak polis dan tindakan susulan telah diambil oleh polis dengan membuat rondaan pada setiap malam.

Rumah penduduk kerap dipecah masuk


Rumah penduduk kerap dipecah masuk
KUALA LUMPUR - Sebuah longkang besar bertangga didakwa memudahkan penjenayah memecah masuk perumahan di Jalan Burung Garuda, Taman Bukit Maluri, Kepong dekat sini.

Faktor itu menyebabkan penduduk di situ diselubungi kebimbangan berikutan kekerapan cubaan memecah masuk kediaman malah, bertindak lebih berani dengan menyamun mangsa ketika menggunakan lorong pejalan kaki ke platform 2 stesen komuter Taman Bukit Maluri.

Beberapa penduduk yang ditemui mahu sesuatu dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menangani isu berkenaan yang disifatkan terlalu kritikal.

Penduduk, Ti Thing Lai, 42, berkata, rumahnya pernah dipecah masuk tahun lalu dan tahun ini hampir lima kali tindakan sama cuba dilakukan penjenayah.

“Penjenayah memanjat masuk melalui tembok rumah dan sering mengumpil besi jeriji tingkap untuk masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui.

Perompak letupkan Mesin ATM


ALOR GAJAH - Hajat sekumpulan penjenayah merompak sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini semalam gagal apabila bahan letupan yang digunakan gagal memecahkan peti simpanan wang di dalam mesin tersebut.
Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi itu, hanya bahagian luar mesin ATM yang rosak tetapi peti simpanan di dalam mesin ATM yang menyimpan wang langsung tidak terjejas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal.
"Perompak memasang sejenis bahan letupan pada sebuah mesin ATM di bank tersebut dengan tujuan untuk merompak wang.
"Bagaimanapun, selepas diletupkan mesin ATM tidak terbuka dan hanya bahagian luar mesin yang rosak teruk," kata beliau dengan memberitahu keempat-empat suspek memakai jaket hitam dan bertopi keledar.
Menurut beliau, akibat letupan kuat, bukan saja mesin ATM tersebut rosak teruk malah sebuah lagi mesin ATM dan sebuah mesin deposit tunai (CDM) turut rosak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...