Khamis, 11 Februari 2016

POLIS TUMPAS CUBAAN EDAR DADAH GUNA ANGPAU

Muar, 10 Feb - Helah pengedar dadah mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyembunyikan dadah ke dalam angpau ketika sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, terbongkar apabila polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dalam serbuan di sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata helah itu dikesan polis yang melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Kebun Sayur Bakri pada 2.45 petang.

MARIN SANDAKAN TAHAN 8 LELAKI, RAMPAS PETROL BERNILAI RM189 RIBU

Sandakan, 11 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan memberkas lapan lelaki dan merampas 108,000 liter minyak petrol bersubsidi dalam operasi di perairan Laut Lupak Meluas, di sini, petang semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata, rampasan dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah kapal yang dalam keadaan mencurigakan di perairan berkenaan, hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dilakukan oleh pihak polis.

Menurut Mohamad lagi, setelah diperiksa, pihaknya menemui 540 tong drum besi mengandungi minyak petrol bersubsidi berjumlah 108,000 liter yang dianggarkan bernilai RM189,000 di dalam kapal tersebut.

Pengusaha restoran nasi kandar maut ditembak

GEORGETOWN - Seorang pengusaha restoran nasi kandar maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Dato Keramat di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang dikenali Syed Amin Jainul Abidin, 46, mati ditempat kejadian selepas terkena lima das tembakan di bahagian kepala, badan dan tangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Datuk Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Mercedes dikatakan berhenti di hadapan sebuah kedai selepas menyedari dia diekori dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...