Ahad, 17 April 2016

Banduan Lelaki Mati Ditikam Dalam Penjara

KUALA LUMPUR: Seorang banduan lelaki maut ditikam oleh dua banduan lain dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Penjara Sungai Buloh di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 20 tahun itu maut ditikam suspek menggunakan senjata tajam di bahagian belakang badan dalam kejadian pada 12.30 tengah hari.
"Mangsa dimasukkan ke penjara itu atas kesalahan kes culik," katanya dalam satu kenyataan, malam Sabtu.
Mohd Rozi berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan pada Ahad. - Bernama

Isteri Angguta Polis Maut Terkena Renjatan Ketika Guna Telefon Sedang Dicas

KUALA LUMPUR: Isteri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.

Wanita itu Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam pada Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini untuk rawatan.

SPRM SERBU BALAI POLIS DAN TAHAN 5 ANGGOTA POLIS CAWANGAN PENCEGAH JENAYAH

17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, selepas serbuan di balai berkenaan awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, sepasukan pegawai SPRM menahan semua anggota terbabit berhubung rasuah selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Semua anggota terbabit ditahan ketika berada dalam bilik Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) selepas SPRM mengepung balai berkenaan. Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo, berkata semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung maklumat yang diterima.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...