Khamis, 26 Oktober 2017

ANAK SEMBUNYI PIL KUDA DI KEDAI RUNCIT IBU

KUALA BERANG: Taktik seorang pemuda berumur 30 tahun menjadikan kedai runcit ibunya sebagai tempat menyimpan bekalan dadah terbongkar selepas diberkas polis bersama 980 biji pil kuda bernilai RM10,000 dalam satu serbuan di Kampung Bukit Gemuruh, dekat sini, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata suspek ditahan pada pukul 3.30 pagi dalam satu serbuan oleh anggota polis bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Serbuan dibuat hasil risikan polis sejak lima bulan lalu susulan maklumat orang awam terdapatnya aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

"Suspek juga pada awalnya menyedari kehadiran anggota dan cuba melarikan diri dengan membuang bekalan dadah yang ada tetapi cubaannya gagal kerana premis berkenaan telah dikepung oleh pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata setelah menjalani ujian air kencing suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

"Siasatan awal mendapati bekalan dadah ini baharu diterima oleh suspek dan ianya dipercayai untuk pasaran sekitar daerah Hulu Terengganu," katanya.

Suspek yang turut mempunyai rekod lampau berkaitan dadah kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 31 Oktober dan kes  disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA


Sumber: KLIK DISINI

Rabu, 25 Oktober 2017

ANAK AHLI PERNIAGAAN DITEMUI MATI, TEMBAK DIRI SENDIRI GUNA SENAPANG PATAH

Shah Alam, 25 Okt - Seorang lelaki yang menjadi anak kepada ahli perniagaan ditemui mati selepas menembak sendiri menggunakan senapang patah di rumah di Seksyen 9, Shah Alam, hari ini.
Kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 26 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam bilik utama rumah itu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, nenek dan pembantu rumah mangsa terdengar bunyi tembakan sebelum bergegas ke bilik berkenaan.
"Apabila membuka pintu, mangsa sudah terbaring dan senapang patah berada di sebelahnya.
"Senjata Adalah Milik bapanya dan mempunyai lesen," Katanya Report MyMetro .
Berdasarkan keterangan keluarga, mangsa kemurungan sejak beberapa bulan lepas.
"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.

Sumber: KLIK DISINI

Khamis, 19 Oktober 2017

TAWAR KHIDMAT SEKS KEPADA POLIS

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan didenda RM4,000 atau empat bulan penjara selepas didapati bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Selasa lalu.

Tertuduh, Tang Moy Lan, 51, melakukan kesalahan itu di kaki lima kedai pakaian Hari-Hari, Jalan Petaling, pada jam 10.40 malam, dua hari lalu.

Majistret Zuhair Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas Tang mengaku salah terhadap tawaran khidmat seks kepada Lans Koperal Mohamad Yusoff Abdullah, 56, dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Tang yang tidak diwakili peguam bagaimanapun gagal membayar denda itu.

Malah dia juga menggelengkan kepalanya ketika Zuhair meminta dirinya mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.


Ssumber: KLIK DISINI

Rabu, 18 Oktober 2017

SUSPEK HIMPIT KERETA PERONDA, KOPERAL PATAH BAHU

BAGAN SERAI, 18 Okt — Dua anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) Elite Pulau Pinang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas akibat dihimpit sebuah kereta penjenayah di susur masuk tol Alor Pongsu arah utara dekat sini, awal pagi tadi.
Anggota berkenaan koperal Nelson Mateo Anak Kasin, 34, patah bahu kiri dan koperal Mohd Haizrul Mohamed Lazin, 36, cedera di dagu, manakala seorang lagi anggota koperal Mohd Khairul Akmar Roshmi, 33, yang duduk di bahagian belakang kereta MPV itu tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaakob berkata dalam kejadian 2.20 pagi itu, tiga anggota polis berkenaan dan beberapa buah lagi kenderaan polis sedang mengejar seorang suspek lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira.
Katanya suspek melarikan diri dari Pulau Pinang dengan memandu kereta melepasi beberapa plaza tol dari Juru ke Kuala Kangsar sebelum berpatah balik di Plaza Tol Alor Pongsu.
“Siasatan mendapati kereta suspek telah menghimpit kereta MPV anggota berkenaan sehingga menyebabkannya terbabas melanggar pembahagi jalan di susur masuk Plaza Tol Alor Pongsu.
“Kereta suspek kemudiannya terbabas ke dalam parit di Jalan Selama dan cuba melarikan diri ke ladang kelapa sawit tetapi akhirnya berjaya ditahan dalam satu pergelutan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Omar Bakhtiar berkata pemeriksaan terhadap suspek berumur 27 tahun menemukan satu paket berwarna merah dan perak mengandungi 10 biji pil eramin 5 serta dua plastik kecil masing-masing disyaki syabu serta ketamin.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya. — Bernama

Isnin, 16 Oktober 2017

KPN SAHKAN MILITAN DR MAHMUD AHMAD DI FILIPINA MASIH HIDUP

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Dr Mahmud Ahmad, yang menyertai kumpulan pengganas IS di selatan Filipina masih hidup, demikian disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun hari ini.

Beliau berkata, maklumat mengenai bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya itu adalah berdasarkan laporan perisikan di Marawi daripada Kementerian Pertahanan Filipina.

"Kami sentiasa berhubung dan bertukar-tukar maklumat dengan pihak berkuasa di negara berkenaan dalam usaha memerangi aktiviti kumpulan pengganas IS," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Menurut Fuzi, Mahmud dan seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Mohd Amin Baco dipercayai berada di Marawi, iaitu kawasan yang dikuasai Ispilon Hapilon.

Terdahulu media melaporkan, dua pemimpin kumpulan militan IS iaitu Ispilon Hapilon dan Omar Maute dipercayai antara yang terbunuh dalam serangan oleh pihak berkuasa Filipina susulan serangan sejak 23 Mei lalu.

Kementerian Pertahanan Filipina, mengesahkan kematian Ispilion dan Maute hari ini, namun masih belum mengeluarkan butiran terperinci berhubung serangan yang menyebabkan kedua-dua mereka terkorban.

Kedua-dua mereka sebelum ini adalah ketua kepada kumpulan Abu Sayyaf dan kumpulan Maute, yang mula bergabung sejak pertengahan tahun ini bagi memperkuatkan kumpulan militan IS khususnya di selatan Filipina.

Sumber:  KLIK DISINI


Sabtu, 14 Oktober 2017

Tiga anggota TLDM didakwa bunuh, cedera dua rakan sekerja

LUMUT: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini kerana membunuh dan mencederakan dua anggota pasukan tentera itu ketika dalam tahanan pada 28 dan 29 September lalu.

Tertuduh pertama, Laskar Kanan Mohd Izhrifikri Roslee, 29, didakwa dengan dua pertuduhan membunuh, manakala Laskar Kanan Hamzah Zakaria, 35 dan Laskar Kanan Mohd Farid Musa, 32, didakwa dengan tiga pertuduhan mencederakan dua mangsa yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Izhrifikri dituduh menyebabkan kematian Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatuiman Mohd Sukri, 26.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...