Jumaat, 18 Januari 2013

Dua Pengawal Keselamatan Diikat, Dikurung


BUTTERWORTH: Dua pengawal keselamatan melalui detik cemas apabila diikat dan dikurung selama sejam dalam tandas Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth di sini dalam kejadian cubaan merompak di sekolah itu Khamis.
A. Yoganathanan, 39, berkata ketika kejadian 3.05 pagi itu, dia dan rakan sekerjanya Zaharudin Abu Talib, 40, sedang bertugas di pondok pengawal depan sekolah itu sebelum didatangi empat lelaki bersenjatakan parang.
"Mereka tiba-tiba muncul di pondok pengawal dan meletakkan parang di leher saya dan Zaharudin.
"Kami berdua diugut akan dibunuh jika cuba melawan dan membuat sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai kerana kawasan pondok terletak berdekatan jalan raya utama ke Perhentian Sementara Pengangkutan di Jalan Bagan Luar di sini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Usah politikkan tahanan mati dalam lokap: Polis


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli
Kuala Lumpur: Orang ramai diminta tidak mempolitikkan kes kematian seorang tahanan, dipercayai anggota kumpulan samun bersenjata di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Isnin lalu. 

Ini berikutan hasil bedah siasat ke atas mayat Chang Chin Tee, 30, yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan fizikal di luar dan dalam tubuh badan si mati. 

Wisma Putra Sahkan Dua Rakyat Malaysia Antara Tebusan Di Algeria

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan dua rakyat Malaysia merupakan antara tebusan yang ditawan di pangkalan gas In Amenas di Algeria.
Menurut kenyataan Wisma Putra pada Khamis, ia dimaklumkan bahawa kedua-dua rakyat tempatan itu merupakan pekerja di pangkalan gas itu pabila mereka ditawan oleh pengganas dalam satu serangan pada Rabu.
Kementerian telah menghubungi ahli keluarga rakyat Malaysia terbabit dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Algeria.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...