Isnin, 8 April 2013

PRU-13: 5,000 polis pastikan kelancaran proses pilihan raya di Kelantan


KOTA BHARU 7 April - Seramai 5,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berjalan lancar di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mereka akan ditugaskan untuk mengawal 517 tempat mengundi dan 1,748 saluran mengundi di seluruh negeri.

Selain itu, beliau berkata, semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya kali ini dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Semua calon parti politik yang bertanding akan dipanggil terlebih dahulu untuk taklimat keselamatan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan selepas tarikh penamaan calon nanti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...