Isnin, 8 September 2014

Akta Hasutan tak akan dimansuh dalam masa terdekat


JOHOR BAHRU: Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini memandangkan kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.

"Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhnya sehingga ada akta gantian.

"Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkanya dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar literasi undang-undang "Wanita Bistari Masyarakat Bahagia" di sini hari ini.

'Cinta Internet' 1, 750 Rugi RM68 Juta Jadi Mangsa


SERAMAI 1,750 rakyat di negara ini menjadi mangsa penipuan 'cinta Internet' (Klik) membabitkan kerugian RM68.3 juta sejak Januari 2013.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada kalangan wanita.

"(Pada 2013) seramai 750 mangsa adalah wanita manakala 345 lagi terdiri daripada golongan lelaki," katanya kepada pemberita di Bukit Aman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...