Khamis, 6 Disember 2012

Pasar raya kerugian RM200,000 dipecah masuk


PEKAN - Sebuah pasar raya di Jalan Tanah Putih di sini kerugian wang tunai RM200,000 selepas premis berkenaan dipecah masuk awal pagi semalam.
   
Kejadian terbabit hanya disedari penyelia pasaraya berkenaan yang terkejut apabila mendapati ruang dalam pejabat pasar raya itu berselerak ketika membuka premis berkenaan kira-kira 8 pagi.
   
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman, penyelia terbabit kemudian menghubungi majikannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan, jam 9 pagi semalam.
   

RM15,000 diletak dalam kereta lesap


Geng Palembang Mula Aktif
KUANTAN - Seorang peniaga berputih mata apabila wang RM15,000 yang ditinggalkan dalam kereta dikebas pencuri dalam kejadian pecah kereta di  di Jalan Abdul Aziz, di sini, petang kelmarin.

Wang yang baru dikeluarkan dari sebuah bank itu diletakkan di bawah tempat duduk penumpang depan sebelum pemandunya meninggalkan kereta tersebut untuk ke sebuah restoran berhampiran.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Nordin Mustapha berkata, mangsa berusia 41 tahun itu mengeluarkan wang tersebut kira-kira jam 1 petang di sebuah bank di bandar ini sebelum singgah di lokasi kejadian untuk makan tengah hari.

Peniaga besi buruk mati ditembak


Peniaga besi buruk mati ditembak
GOMBAK - Seorang peniaga besi buruk mati ditembak ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah warung berhampiran dengan sebuah kilang simen di Batu Caves di sini, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, dipercayai seorang lelaki yang memakai topeng ski melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa, M Siva Murugesan.

Dua Tahanan Warga Colombia 'Ghaib' Ketika Ke Mahkamah


KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Colombia yang ditahan pada 12 November lepas kerana kes pecah rumah, meloloskan diri daripada kawalan polis ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Petaling Jaya, pada Selasa.
Kejadian berlaku ketika Martin Rodriguez Yerson David, 26, dan Sana Bria Florian Jorge Luis, 22, serta lapan tahanan lain dibawa dari lokap bersepadu di Shah Alam untuk didakwa di mahkamah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata kehilangan dua tahanan terbabit hanya disedari polis apabila mereka tiba di mahkamah pada pukul 11.20 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...