Isnin, 5 November 2012

Kotak makanan lesap


Kotak makanan lesap
IPOH - Niat murni Kelab Belia Bukit Merah (Bukit Merah Youth Club) untuk menyumbangkan kotak bantuan makanan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India sempena Deepavali terbantut apabila ia ‘lesap’ dari simpanan, dalam bilik mesyuarat kelab berkenaan, di Bukit Merah, kelmarin.

Misteri kehilangan 60 kotak bantuan makanan itu terjawab apabila ia ditemui hangus dalam sebuah rumah kedai terbiar yang terletak 20 meter dari tempat kejadian.

Anehnya, beras dan minyak masak dalam kotak makanan tersebut dipercayai telah ‘dirembat’ manakala barangan runcit lain seperti gula, bihun, tepung, susu, sardin dan Milo dibakar.

Tebing blok polis runtuh, 150 pindah

SEBAHAGIAN daripada kereta yang terkena runtuhan batu ekoran tebing runtuh di kuarters polis daerah Gombak malam tadi.

GOMBAK – Sebanyak 150 orang yang mendiami Blok F1, Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini diarah berpindah malam tadi selepas tebing berhampiran blok tersebut runtuh selain berlaku pergerakan tanah yang berisiko mengancam nyawa penduduk.
Kejadian pada pukul 6.30 petang itu turut mengakibatkan tiga kereta rosak dihempap batu runtuhan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, siasatan awal bomba mendapati runtuhan berlaku pada jarak kira-kira 1.2 meter daripada bangunan tersebut dan berada pada tahap kritikal.

Penjenayah tebuk dinding, larikan RM46,000


JEMPOL: Sekumpulan penjenayah menebuk dinding di bahagian belakang sebuah pasar raya di pekan Bahau, dekat sini, sebelum melarikan wang tunai RM46,000, awal pagi semalam.

Kejadian disedari jam 9.30 pagi apabila kerani pasar raya itu yang membuka premis untuk memulakan operasi, terkejut melihat bahagian dalam pejabat berselerak dan peti besi tempat menyimpan wang diumpil.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kerani terbabit memaklumkan kejadian itu kepada pengurus pasar raya untuk tindakan lanjut.



Bekas guru Kemas maut dalam rompakan di Sabak Bernam

Gambar hiasan

SABAK BERNAM: Seorang bekas guru Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal oleh seorang daripada dua lelaki yang merompak rumah kedainya di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini, pagi tadi. 

Mangsa dikenali sebagai Sadariah Tohbasar @ Ahmad, 65, yang bekerja sebagai tukang jahit dan membuat kuih. 

Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu disaksikan oleh cucunya, Mohd Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...