Khamis, 28 April 2016

Tiga Suspek Pecah Rumah Zaquan Adha Ditahan

KOTA TINGGI: Polis menganggap kes pecah masuk ke atas rumah persinggahan pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim II (JDT II) Mohd Zaquan Adha Abd Razak selesai dengan tertangkapnya tiga suspek di Iskandar Puteri awal pagi Khamis.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata ketiga-tiga suspek rakyat tempatan yang berumur 23 hingga 39 tahun itu ditahan di rumah persembunyian mereka di Taman Horizon Hills kira-kira 1.45 pagi.
Katanya, beberapa barangan termasuk sebuah kereta Hyundai Tucson, Peugeot, beg dan jam tangan pelbagai jenama serta rantai emas yang dipercayai milik pemain bola sepak itu, turut ditemui semula dalam operasi penahanan itu.

Kekerasan Polis Punca Kematian Dharmendran - EAIC

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati penggunaan kekerasan fizikal oleh pihak polis antara punca kematian tahanan N Dharmendran pada 2013.

Pengerusinya, Datuk Yaacob Md Sam semasa menyerahkan dapatan siasatan berhubung kematian Dharmendran semasa dalam tahanan polis berkata, anggota polis turut didapati membuat catatan palsu dalam diari lokap dan mengubah masa kemasukan.
"Suruhanjaya mendapati kematian N. Dharmendran pada 21 Mei 2013 disebabkan penggunaan kekerasan oleh pihak polis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...