Khamis, 5 Disember 2013

LELAKI PUKUL HINGGA MATI DIKESAN


LELAKI PUKUL HINGGA MATI DIKESAN: Polis sedang mengesan seorang individu dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki yang mati dipukul di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) pada 28 November lalu. 

Khairul Ridzuan Ahmad, 23, dimohon tampil untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang pernah melihat atau mempunyai maklumat tentang lelaki itu diminta menghubungi atau tampil ke mana-mana balai polis terdekat untuk salurkan maklumat. 

PENGISYTIHARAN PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN SEBAGAI FORMASI


Wakaf Tapai, 5 Dis – YDH IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama rombongan di Pengkalan PSP Unit 6, Wakaf Tapai, Terengganu bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang ke-58. 

Disamping itu juga beliau telah merasmikan Penutupan Kursus Asas PSP Siri 1/2013 dan mengisytiharkan penarafan Pasukan Simpanan Persekutuan sebagai sebuah Formasi dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia. 

Para hadirin turut dipertontonkan sebahagian daripada tindakan-tindakan yang akan diambil oleh PSP di dalam menghadapi penunjuk perasaan dan rusuhan di dalam menjaga keamanan dan ketenteraman negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...