Khamis, 25 Jun 2015

Mati dituduh tak puasa


Banting: Lelaki maut selepas dilibas adik lelakinya menggunakan pisau dalam kejadian di rumah di Jalan Orkid Batu 8, Sijangkang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan bergaduh dengan adiknya, 27, yang menegurnya kerana dikatakan tidak berpuasa.

Sumber berkata, kedua-dua mereka kemudian bergaduh di dalam rumah berkenaan sebelum mangsa menyerang adiknya menggunakan besi panjang dan suspek bertindak balas dengan mengambil pisau dan melibas ke arah mangsa.

Dua lelaki maut ditembak


Serdang: Dua lelaki maut dipercayai ditembak dari jarak dekat di tepi jalan Serdang Jaya, Seri Kembangan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, dua mangsa terbabit, A Shamnson, 25, dan A Rubban Avudayar, 25, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecedaraan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, siasatan di lokasi kejadian menemui lima kelongsong peluru berhampiran dengan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.

"Semakan mendapati kedua-dua mangsa tidak mempunyai rekod jenayah.


"Siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi kejadian terutama bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...