Ahad, 27 Julai 2014

KPN Batal Rumah Terbuka Aidilfitri


KUALA LUMPUR: Majlis Rumah Terbuka Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sempena Aidilfitri 2014 yang dijadual esok, dibatalkan bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan dan terhad kepada warga polis, pesara polis serta jemputan khas, menurut catatan laman Facebook Polis Diraja Malaysia.

"Ini sebagai menunaikan tanggungjawab yang disyariatkan oleh Islam supaya kita meraikan Aidilfitri selepas sebulan menunaikan ibadah puasa dan kembali ke fitrah Ilahi," demikian menurut catatan itu.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 orang itu dipercayai telah ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri membatalkan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri 2014 atas sebab serupa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...