Rabu, 17 April 2013

POLIS KENAL PASTI 21 KAWASAN PANAS PRU-13 DI SABAH


Kota Kinabalu 16 April - Polis telah mengenal pasti lapan Parlimen dan 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini sebagai kawasan panas sepanjang Pilihanraya Raya Umum Ke-13.

Pesuruhjaya Polis Sabah Dato' Pahlawan Hj Hamza bin Taib mengatakan lapan daripadanya adalah kerusi Parlimen iaitu Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Sepanggar, Pensiangan, Beaufort, Penampang dan Tuaran. 

Turut dikenal pasti adalah kerusi Dewan Undangan Negeri Likas, Luyang, Api-Api, Kuala Penyu, Inanam, Kepayan, Bingkor, Seri Tanjung, Klias, Merotai, Karamunting, Tanjung Papat dan Elopura.

" kami mengenal pasti ini sebagai kawasan panas disebabkan oleh persaingan yang sengit dikalangan parti-parti di kawasan itu, kami tidak mengharapkan sebarang pergaduhan jalanan tetapi mungkin ada menjadi persaingan dua penjuru atau tiga penjuru". 

#PRU13 #GE13: LAGI KES SERANGAN KETIKA PASANG BENDERA

Gambar hiasan

Geoge Town, 17 April - Dua pekerja parti dilapor diserang ketika memasang bendera parti di Jalan Perak di sini tengah malam semalam.

Menurut jurucakap pilihan raya polis kontinjen negeri ACP Roslee Chik, mereka yang berumur 21 dan 53 tahun itu diserang sekumpulan individu menggunakan topi keledar dan kayu.

"Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala serta muka sehingga terpaksa menerima lebih 20 jahitan. Mangsa yang berumur 53 tahun itu koma, tetapi kini berada dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita hari ini.

Sehubungan itu, polis sedang mengesan lima suspek berusia antara 20-an hingga 30-an yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. Roslee meminta saksi tampil membuat laporan.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

#PRU13 #GE13 UNDANG-UNDANG DAN ANDA:


Akta Polis 1967 (Akta 344) Seksyen 21 - Tugas Di Jalan Awam.

(1) Adalah menjadi tugas pegawai-pegawai polis -

(a) mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalulintas;

(b) menjaga ketenteraman di jalan awam, lorong, jalan tembus dan tempat mendarat, dan tempat kunjungan awam yang lain dan tempat di mana orang awam ada akses; dan

KPN BERI AMARAN KERAS KEPADA 'PENGACAU' HARI PENAMAAN CALON


Gambar hiasan
Kuantan, 17 April - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi amaran keras bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang dilihat sengaja atau cuba mencetuskan kekecohan semasa hari penamaan calon Sabtu ini.


"Mereka yang berkenaan jangan nak cari pasal, sengaja hendak buat kacau. Bagi masyarakat takut nak buat apa? Apa tujuan sebenarnya?.

"Jangan sengaja mencabar pihak polis. Polis bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam, mencabar dan melawan polis adalah satu kesalahan di sisi perundangan negara," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang di sini hari ini.


Lapan Individu Ditahan Mencetuskan Pergaduhan Di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menahan lapan individu kerana mencetuskan pergaduhan, mendatangkan kecederaan dan melakukan perbuatan khianat di sini sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 3 Aprillepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata empat daripada lapan lelaki yang berusia 20 hingga 40-an itu telah didakwa pada 10 April dan 14April lepas.
Polis juga membuka enam kertas siasatan berhubung kes berkenaan bagi siasatan lanjut, katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Warga Myanmar Dijumpai Mati Terjerut

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan lehernya terjerut tali beg sandangnya selepas disyaki memecah masuk sebuah kedai alat ganti kereta di Jalan Sungai Besi, Salak Selatan di sini pada Isnin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mayat lelaki berumur 30 tahun itu ditemui tersangkut antara papan nama kedai dan tingkap di tingkat satu premis dua tingkat itu oleh pemilik kedai itu kira-kira 9 pagi ini.
"Dia dipercayai cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkap kedai itu, namun beg sandangnya dikatakan tersangkut pada papan nama kedai menyebabkan tali beg menjerut lehernya," katanya.

Mayat Remaja Perempuan Ditemui Dengan Kesan Tusukan Di Leher

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berumur 18 tahun ditemui dengan kesan tikaman di leher di dalam sebuah longkang berhampiran padang bola di Jalan Tiong 7, Bandar Puchong Jaya, dekat sini Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 6.50 petang tadi yang menemui mayat tersebut.
"Mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka kecil berlubang di leher," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini Selasa.
Beliau berkata berdasarkan dokumen yang ditemui pada mayat itu, mangsa dikenali sebagai Parhwine Lucia Mejia Kaur.
Beliau berkata punca kematian masih belum dikenal pasti dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Serdang pada Rabu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...