Selasa, 8 Julai 2014

Pemandu Lori maut dipukul empat lelaki

Gambar hiasan
Pelabuhan Klang: Seorang pemandu lori maut selepas dipukul empat lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Sultan Suleiman, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa berusia 43 tahun dikatakan baru tiba di restoran berkenaan untuk minum sebentar. 
Ketika sedang mengambil minuman, mangsa dikatakan dipanggil seorang daripada empat lelaki yang turut berada di restoran berkenaan.

Seorang Wanita Antara Lima Warga Vietnam Ditahan Pecah Masuk Kilang

Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan lima warganegara Vietnam termasuk seorang wanita di kediaman mereka di Lengkok Bercham Timur kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah masuk kilang di Ipoh sejak tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 1.30 pagi Isnin selepas polis menjalankan risikan dan memperoleh maklumat daripada orang awam.

Pemeriksaan di rumah berkenaan menemui beberapa peralatan yang digunakan untuk merompak antaranya satu alat pemecah batu, satu alat pengukur besi, satu beg galas berwarna biru gelap dan alat pencucuh gas oxy warna kuning, katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

PDRM KEDAH RAI ANAK-ANAK YATIM


ALOR SETAR, 6 Julai – Bertempat di Dataran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Kementerian Dalam Negeri bagi peringkat negeri Kedah. 

Majlis yang dihadiri seramai lebih kurang 1,000 tetamu itu turut dihadiri oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid B. Hamidi dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Sri Khalid b. Abu Bakar.

Majlis yang bermula kira-kira jam 6.00 petang itu, dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Ketua Polis Kedah, Senior DCP Dato’ Ahmad b. Ibrahim seterusnya ucapan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid B. Hamidi. 

Sejurus selesai ucapan, beliau seterusnya menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Tujuh lelaki bersenjata gagal culik pengusaha sangkar ikan


KOTA KINABALU - Cubaan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata untuk menculik seorang pengusaha pusat ternakan ikan dalam sangkar di Pulau Bangau-Bangau, Semporna, awal pagi ini gagal kerana pengusaha itu tidak berada di pusat ternakan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, seorang daripada pekerja pusat ternakan itu menghubungi Polis Marin berhubung kejadian itu pada kira-kira 1 pagi.

POLIS TAHAN PENGANGGUR DISYAKI TIPU TAWARAN KERJA DI QATAR


Kuching, 7 Julai - Polis menahan seorang penganggur disyaki menipu orang ramai dengan menjanjikan pekerjaan di Qatar dengan bayaran RM350, di sebuah rumah di Sri Aman, kira-kira 186 kilometer dari sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Supt Mohd Firdaus Abdullah berkata selain pekerjaan, lelaki berumur 27 tahun yang ditahan Jumaat lepas, turut menjanjikan wang tunai RM20,000 sebagai bayaran pendahuluan kepada mangsanya, kononnya akan dibayar sebelum berlepas ke Qatar.

"Polis menerima 23 aduan berhubung kes itu sejak awal bulan ini dan siasatan mendapati 256 orang berumur antara 18 dan 58 tahun sekitar Sri Aman, Betong dan Kuching menjadi mangsa penipuan suspek," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...