Jumaat, 31 Oktober 2014

Polis tembak mati dua lelaki dipercayai anggota pemberontak Sulu

Penampang - Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurut sumber polis, pihaknya membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu - (Sumber) di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...