Khamis, 17 Julai 2014

Ahli Judi Profesional Ditahan Di Las Vegas



LAS VEGAS: Empat rakyat Malaysia antara lapan orang yang ditangkap di sini berhubung rangkaian aktiviti perjudian haram membabitkan pertaruhan berjuta-juta dolar dalam perlawanan Piala Dunia.


Keempat-empat mereka ditahan bersama-sama dengan empat yang lain dari Hong Kong dan China kerana didakwa melakukan beroperasi rangkaian perjudian haram, lapor South China Morning Post.

Phua Wei Seng, 50, bekas pengendali perjudian kelas atas (junket) di Sands Casino Macau, dituduh bersama yang lain menjalankan satu skim yang menjalankan pertaruhan melalui Wi-fi dan talian DSL dengan meminta pekerja kasino memasangnya di suite mereka di Caesars Palace di sini.

Rakyat Malaysia lain ditahan adalah anak kepada Phua Darren Wai Kit, 22, Yong Seng Chen, 56, dan Yong Wai Kin, 22.

Polis Akan Ambil Tindakan Terhadap Pembuli Jalan Raya Di Kuantan


KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap perempuan yang didakwa melakukan penderaan lisan dan beberapa kali memukul kenderaan seorang lelaki tua dengan kunci stereng selepas kereta Peugeot baharunya terbabit dalam kemalangan kecil.

Insiden yang berlaku di Kuantan itu telah dirakam dan dikongsi di YouTube oleh pemandu berhampiran yang berada di tempat kejadian. 

Mengulas mengenai video tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan wanita itu adalah 'tidak boleh dimaafkan'. 

Rasuah: SPRM Tahan Pengurus GLC Automotif


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus jualan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri aksesori dan perkhidmatan kenderaan disyaki menyeleweng dana projek syarikat bernilai lebih RM1.7 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan pagi tadi dan dibawa ke ibu pejabat SPRM untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata siasatan awal SPRM mendapati wujud kesalahan menerima rasuah bernilai lebih RM1.7 juta apabila beliau mencadangkan kontraktor terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan bagi projek pengubahsuaian bengkel kenderaan.

BERTINDAK TIDAK MENGIKUT UNDANG-UNDANG

Gambar hiasan

Pemuda Dibelasah Penduduk Kampung Meninggal Dunia

BESUT: Seorang pemuda yang dibelasah penduduk kampung kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di Kampung Kubang Bemban dekat Kampung Raja pada Jumaat lepas meninggal dunia pada Rabu ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa Mohd Zul Hafis Ilias, 21, berasal dari Gong Dasar, Jabi dekat sini yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, meninggal dunia 3.15 petang tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...