Khamis, 16 Januari 2014

PULAPOL DITERAJUI KOMANDAN WANITA PERTAMA PDRM



Kuala Lumpur, 16 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakar satu lagi sejarah penting apabila Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur buat julung kalinya diterajui oleh seorang Pegawai Kanan Polis Wanita yang pertama iaitu SAC Nahariah binti Hussein yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah (D1) Kepolisan Kawalan Dalaman, Jabatan Siasatan Jenayah. 

SAC Nahariah kini memegang jawatan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur yang ke-42, yang sebelum ini diterajui oleh 41 orang Komandan lelaki.

Majlis serah terima tugas SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur sebelum ini yang akan bertukar ke jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) menggantikan SAC Dato’ Mohd Nizar bin Mohd Ali disambut dengan Perbarisan dan Kawalan Kehormatan di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur. 

SAC Dato’ Mohd Nizar bin Mohd Ali pula akan mengambil alih tugas SAC Nahariah sebagai Ketua Penolong Pengarah (D1) Kepolisan Kawalan Dalaman JSJ.

Hadir menyaksikan majlis serah terima tugas ini ialah DCP Dato’ Zubaidah binti Md. Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik PDRM selaku Pegawai Saksi dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pegawai Awam serta wakil-wakil media.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...