Rabu, 6 April 2016

Rafizi ditahan bawah OSA

KUALA LUMPUR 4 April – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berikutan pendedahannya mengenai dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Rafizi ditahan di luar bangunan Parlimen kira-kira pukul 6 petang oleh 10 pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya turut mengesahkan penahan Ahli Parlimen pandan terbabit.

Lans Koperal Bersama Dua Lelaki Ditahan Bantu Kes Curi Kabel Letrik

KAMPUNG RAJA - Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan untuk membantu kes kecurian kabel elektrik di Jalan Keruak Gunung Bongsu dekat Kampung Pak Sik, Hulu Besut di sini.

Anggota terbabit yang berusia 35 tahun ditahan bersama dua individu lain yang berusia 20 dan 26 tahun di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru Belaoh dekat Keruak, Hulu Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, anggota terbabit yang sebelum ini didapati tidak hadir bertugas di sebuah balai polis di negeri lain sejak Februari lalu ditahan dalam satu serbuan Ops Lusuh oleh Pasukan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah sekitar jam 5 pagi hingga 1 petang kelmarin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...