Jumaat, 29 Mei 2015

TAHNIAH DATUK JAMSHAH MUSTAPA


KUALA LUMPUR 28 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat seramai 24 pegawai kanan polis berkuat kuasa bulan depan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa yang mengetuai senarai tersebut dinaikkan pangkat sebagai pemangku Senior Deputi Komisioner (DCP) dengan memegang jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menggantikan Datuk Zubaidah Md. Ismail yang bersara wajib.

Menurut kenyataan itu, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, Datuk Leo Chong Cheong turut dinaikkan pangkat sebagai pemangku Senior DCP tetapi kekal dengan jawatan lama.

JABATAN IMIGRESEN "TAI CHI" TANGGUNGJAWAB

MEMALUKAN!!! Jabatan Imigresen Enggan Uruskan PATI Yang Ditangkap Oleh PDRM Dengan Alasan Paling Bodoh!


Antara agensi penting yang memastikan keselamatan serta pembendungan jenayah yang dilakukan oleh warga asing adalah Imigresen.

Imigresen merupakan pihak yang berada di setiap pintu masuk negara ini, mendokumentasi, mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menghalang mana-mana orang asing daripada memasuki negara ini.

Malah Imigresen juga memastikan warga asing di dalam negara ini, mempunyai dokumen pengenalan diri dan patuh kepada undang-undang di negara ini.

Bagaimanapun, dalam satu pendedahan, dilihat tiada kesungguhan daripada salah satu Jabatan Imigresen di negara ini untuk membendung PATI atau Pendatang Tanpa Izin.

Ianya berlaku di Sabah! BERSAMBUNG DAN KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...