Ahad, 28 Disember 2014

Mayat Warga Asing Ditemui Di Bukit Mertajam


BUKIT MERTAJAM: Satu mayat warga asing yang hanya berkain pelekat ditemui berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Gajah Mati menghala ke Junjung di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Rusli Mohd Noor berkata mayat lelaki berusia 30-an itu tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui pukul 1.45 tengah hari oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

"Tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah dikesan. Setakat ini kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Warga Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar


KUALA LUMPUR: Seorang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada lehernya di Menara Tinjau Ampang dekat sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui seorang pengutip besi buruk yang kemudiannya memaklumkan kepada polis.


Beliau berkata mangsa dipercayai dihentak dengan objek keras pada bahagian lehernya selain kesan kelar yang dalam.

Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Jumaat, 26 Disember 2014

Dua Mayat Lelaki Warga Asing Dijumpai dibunuh


BUKIT MERTAJAM, 25 Dis (Bernama) -- Dua mayat lelaki dipercayai warga asing dijumpai secara berasingan di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok di sini, Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP P.R. Gunarajan berkata mayat lelaki pertama ditemui orang awam pada 10.57 pagi dalam keadaan pergelangan tangan kanannya dikerat dan dipercayai dibunuh di tempat lain.

"Mangsa yang berusia 30-an dipercayai telah mati dalam tempoh tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan mayatnya yang telah berulat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Warga Emas Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel dengan kesan tembakan


IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan duduk di kerusi dan terdapat sepucuk pistol di bahagian pahanya di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata lelaki berusia 69 tahun itu ditemui mati kira-kira pukul 6 petang oleh seorang pekerja hotel berkenaan.
 
"Pekerja hotel yang melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berdarah di bahagian mulut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kedai Emas Disamun Enam Lelaki Bersenjatakan Parang


JOHOR BAHARU: Sebuah kedai emas di Jalan Sagu 3, Taman Daya, di sini, kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun enam lelaki bersenjatakan parang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian itu berlaku 8.57 pagi ketika kedai terbabit baru memulakan operasi perniagaan setengah jam sebelum itu.

"Tiba-tiba, enam lelaki berjaket hitam, bersenjatakan tiga parang serta memakai topi keledar berpenutup muka dikatakan menyerbu masuk ke kedai terbabit lalu memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan dua tukul," katanya ketika dihubungi.

Selasa, 23 Disember 2014

Kekasaran anggota polis bantuan di TBS


KUALA LUMPUR, 22 Disember: “Kalau tak puas hati, kita setel kat luar”.


Itulah kata-kata seorang anggota polis bantuan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, kepada seorang pemuda dalam sebuah video yang kini menjadi viral di media sosial.

Video yang dimuat naik di Facebook Oh! Media sejak Ahad, mendapat perhatian pengguna-pengguna media sosial di mana setakat ini lebih 180,000 tontonan, 7,624 likes, dan 5,717 komen serta 3,110 shares.

Ahad, 21 Disember 2014

Dua Rakyat Malaysia Ditahan Disyaki Seludup Dadah Ke Singapura


SINGAPURA: Seorang remaja antara dua lelaki rakyat Malaysia yang disyaki menyeludup dadah, ditahan pihak berkuasa Singapura dalam insiden berasingan di sini, Khamis.

Kira-kira 5.9kg ganja dan 465g heroin dianggarkan bernilai lebih S$227,000 (S$1=RM2.64) di pasaran gelap, dirampas daripada kedua-dua suspek.
Dalam kenyataan akhbar bersama, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata suspek berumur 18 dan 23 tahun itu, masing-masing ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Pusat Pemeriksaan Tuas.

Jumaat, 19 Disember 2014

Pelajar tingkatan dua ditahan terlibat skim gores dan menang


Seorang pelajar tingkatan dua antara 35 yang ditahan kerana terlibat dengan kegiatan gores dan menang di Pahang sejak Januari hingga 16 Disember lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pahang Supt Azizan Md Isa berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 14 hingga 45 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan ada yang masih dalam proses untuk dituduh di mahkamah.
"Sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 14 kes dilaporkan dengan melibatkan kerugian sebanyak sejumlah RM385,900.

Dua beranak cedera ditikam dan ditetak


Dua beranak cedera parah diserang seorang lelaki yang memasuki rumah mereka di Taman Harapan, Kuala Kedah dekat Alor Star awal pagi tadi.
Adriana Ahmad Kamil, 45, dan anaknya Amira Asshari, 22, cedera akibat ditikam dan ditetak dengan senjata tajam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya berkata suspek masuk ke rumah mangsa kira-kira 3.50 pagi dengan mengumpil pintu gril.

Bekas jurulatih PLKN ditahan terlibat kegiatan Militan ISIS


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia 30 Tahun itu yang berasal Istana Terengganu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
"Polis Percaya dia merancang untuk membuka laluan baharu bagi rakyat negara ke Syria dengan menjadikan Brunei sebagai transit.
"Suspek juga merancang untuk berkahwin dengan seorang gadis rakyat Malaysia yang bekerja sebagai guru yang menetap di Brunei, rasaya berlepas ke Syria," katanya dalam kenyataan di Petaling Jaya, hari ini.
Beliau berkata, suspek berkenaan terpengaruh untuk menyertai kumpulan Militan di Syria carian selepas berinteraksi melalui facebook dengan beberapa rakyat negara ini yang sudah ditahan polis.

Khamis, 18 Disember 2014

Macau Scam tumpas di KL


KUALA LUMPUR: Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik China (Polis China) berjaya menumpaskan sindiket penipuan melalui panggilan telefon atau Macau Scam yang menjadikan negara ini sebagai pusat operasi.

Dalam operasi di sekitar ibu negara semalam, polis menahan 27 warga China dan 30 warga Taiwan dalam tiga serbuan berasingan selepas pemantauan dan risikan sejak seminggu lalu.

Sindiket antarabangsa itu menjadikan Malaysia sebagai markas operasi bagi menipu rakyat China di negara itu hingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit.

Modus operandi ialah dengan menyamar sebagai wakil bank dan menghubungi mangsa di China untuk memaklumkan mengenai pembayaran bil kad kredit atau pinjaman tertunggak yang perlu dijelaskan segera walaupun mangsa tidak pernah membuat sebarang urusan perbankan seperti yang didakwa.


Rabu, 17 Disember 2014

‘Datuk’ dan tujuh lelaki curi lukisan RM1.5 juta

Gambar hiasan
SEPANG, 16 Disember: Seorang lelaki yang bergelar ‘Datuk’ ditahan bersama tujuh suspek termasuk dua pensyarah institut pengajian tinggi pada 6 dan 7 Disember lalu kerana disyaki terlibat dalam kes curi lukisan bernilai RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, lelaki yang bergelar ‘Datuk’ itu dipercayai pemilik galeri lukisan yang terbabit mencuri enam lukisan milik pelukis warga China.

Warga emas ditemui mati dalam keadaan menyayat hati


Seorang wanita warga emas yang hilang sejak Jumaat lepas, ditemui mati dalam keadaan menyayat hati, di sebuah kawasan paya di Kampung Lintah, petang tadi.

Wanita berusia 81 tahun yang dikenali sebagai Aton Manap itu, ditemui penduduk kampung berkenaan yang menyertai operasi mencari mangsa kira-kira jam 5.20 petang Selasa, di sebuah ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Ahmad Mat Isa berkata, mangsa yang mengalami masalah nyanyuk, ditemui terbaring berhampiran paya di ladang sawit itu.

Ahad, 14 Disember 2014

Polis Buru Dua Warga Afrika Berhubung Kes Rompak


KUALA LUMPUR: Lelaki warganegara Malaysia dan Hong Kong berada dalam keadaan kritikal selepas mereka didakwa ditetak oleh dua warga Afrika di sebuah hotel di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz berkata, polis telah dimaklumkan mengenai kes tersebut sekitar pukul 9 malam Khamis.

"Kita sedang memburu dua lelaki Afrika yang dipercayai menjadi sebahagian daripada sindiket rompakan di sini.

Anggota Polis Ditemui Mati Bunuh Diri


LABUAN: Seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kepala di rumahnya awal Jumaat dan sepucuk pistol turut ditemui di sisi mayatnya.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, Lans Koperal Mohd Sobri Abd Rahman, 29, ditemui mati pada 12.20 pagi dan beliau pulang ke rumah pada 11.30 malam selepas menjalankan tugasan rondaan, malam Khamis.

Pelajar Tingkatan Dua Disyaki Terbabit Kes Pecah Kedai


KUALA LUMPUR: Tiga pelajar lelaki tingkatan dua ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kes pecah kedai dan pecah kereta di Jalan 2/2, Taman Cahaya, Ampang di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, dalam kejadian 2.45 pagi itu, anggota polis unit rondaan bermotosikal ternampak ketiga-tiga suspek sedang mengumpil pintu belakang sebuah kedai telekomunikasi.

Tiga Cedera Diserang 10 Lelaki Di George Town


GEORGE TOWN: Tiga lelaki bukan sahaja mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan 10 lelaki, malah motosikal seorang daripada mereka turut di bakar dalam kejadian di Jalan Kelawai di sini awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, tiga lelaki berusia lingkungan 20-an itu sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Tanjung Tokong.

Jumaat, 12 Disember 2014

Suami gantung diri setelah tetak tangan, kaki isteri akibat cemburu


JOHOR BAHRU: Seorang wanita cedera parah ditetak suaminya selepas satu pertengkaran di rumah mereka di Taman Suria, Kluang, hari ini, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Roze Shaari, berkata kedua-dua pergelangan tangan dan kaki K Menaga, 44, hampir putus akibat ditetak suaminya N Marimuthu, 47, di tempat letak kereta rumah mereka dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 11 pagi.

Katanya, Marimuthu kemudiannya ditemui mati tergantung di balkoni tingkat atas rumah, dipercayai membunuh diri.

"Hasil siasatan awal, kita percaya motif kejadian adalah berpunca daripada perasaan cemburu suami yang mengesyaki mangsa yang bekerja di Singapura mempunyai 'skandal'," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selasa, 9 Disember 2014

LANUN TEMBAK DAN ROMPAK KELASI KAPAL TANGKI DI PULAU AUR

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Sekumpulan lelaki bersenjata menembak seorang kelasi Vietnam dan merompak 16 kelasi sebuah kapal tangki di perairan Pulau Aur, selatan Johor pada Ahad.
Lelaki yang cedera ditembak di kepala itu kemudian diterbangkan ke hospital di Singapura dan meninggal dunia di sana.
Serangan lanun itu berlaku pada pukul 5.30 pagi semasa kapal yang membawa muatan asfalt dalam pelayaran dari Singapura ke Vietnam.

KENAPA DUA TEMBAKAN DILEPASKAN KE PEJABAT PENGKALAN MARIN KASTAM DI PENGKALAN KUBOR ??


TUMPAT, 8 Dis (Bernama) -- Polis tidak menolak kemungkinan dua tembakan yang dilepaskan ke Pejabat Pangkalan Marin Kastam di Jeti Penguatkuasaan Pengkalan Kubor di sini, hari sebagai angkara khianat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1 pagi dan polis menjumpai dua lubang kesan tembakan pada cermin bahagian pantri pejabat berkenaan.

Isnin, 8 Disember 2014

Polis Tumpas Kumpulan Curi Kereta


KOTA TINGGI: Polis percaya dapat menumpaskan satu kumpulan curi kereta berikutan penahanan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Kampung Temenin Lama, di sini, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kesemua mereka yang berumur antara 27 dan 42 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi, 1 Disember lepas selepas bertindak atas maklumat.
"Polis memeriksa empat kereta di bengkel tersebut iaitu Proton Wira, BMW, Mitsubishi Lancer dan Hyundai Sonata. Mitsubishi Lancer dan Hyundai Sonata terbabit mempunyai nombor pendaftaran Singapura," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sorok dadah dalam bilik anak

KUALA BERANG - Taktik digunakan seorang bapa berusia 51 tahun menyorok barangan dipercayai dadah di bilik tidur anak perempuannya tidak menjadi apabila dia dicekup polis dalam satu serbuan di Kampung Langgar, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, polis turut merampas 17 botol lut sinar berisi serbuk putih disyaki dadah dianggarkan bernilai RM6,800

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman berkata, bertindak atas hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Narkotik IPD Hulu Terengganu menyerbu rumah suspek.

Ahad, 7 Disember 2014

Remaja maut diserang enam ‘bersaudara

PETALING JAYA 6 Dis. - Dua bulan lalu, Mohd. Farhan Osmera, 18, berhasrat mahu mengambil alih tugas bapa­nya untuk mencari nafkah buat keluarga, namun semalam impian itu terkubur bersama jasadnya buat selama-lamanya.
Mohd. Farhan maut selepas hampir 12 jam bertarung nyawa di Pusat Perubatan Hospital Universiti Malaya (PPUM) akibat cedera parah selepas diserang enam lelaki dipercayai bersaudara di Apartmen Permai, dekat Damansara, malam kelmarin.

Rumah Kecil Jadi Tempat Bunuh, Potong Mayat

BUKIT MERTAJAM: Ia kelihatan seperti seperti sebuah rumah kos rendah satu tingkat yang biasa tetapi rumah kecil yang terletak di Machang Bubuk, di sini, mempunyai kisah seramnya sendiri.

Rumah ini menjadi rumah di mana warga Myanmar dibunuh dan dipotong dalam kes pembunuhan balas dendam yang kejam.

Polis telah menyerbu dan menyita rumah di Kampung Pisang, ini yang terletak di kawasan hutan jauh dari jalan utama.

Mereka menemui kesan darah di dalam rumah, walaupun ia telah dicuci dan dicat semula.

Jumaat, 5 Disember 2014

PENGARAH OPERASI SYARIKAT KESELAMATAN DIBUNUH


Kuala Lumpur : Seorang pengarah operasi syarikat keselamatan maut ditembak dan ditetak beberapa kali dalam kejadian di Jalan Klang Lama, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, mangsa, M. Kesavan, 36, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di sebuah warung.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa diserang tiga lelaki bertopi keledar menunggu mangsa di kawasan gelap berdekatan warung berkenaan.

"Mangsa ditembak di kepala dan ditetak di belakang badan dan telinga kiri.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya.

Khamis, 4 Disember 2014

‘Mat Negro’ Jalan Kuching dibelasah 'mat motor'

Gambar hiasan
Sebuah video warga Afrika dipukul oleh orang awam di Jalan Kuching dipercayai dimuat naik di laman sosial sejak dua hari lalu.
Difahamkan, video tersebut mencatat jumlah tontonan lebih 80,000 kali dan dimuat naik oleh seorang pengguna sosial, Kimrie Syahierah Vamps II yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Menurutnya, lelaki Afrika itu dipercayai melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu.
“Negro tu langar kereta budak melayu then budak melayu tu nak settle cara baik.. tak sempat budak tu nak talk negro ni tumbuk budak melayu ni. Dan geng-geng motor nampak dan kejar sampai ke seberang jalan lalu pukul beramai-ramai.

PADAH MENANTI KAKI MENGINTAI ?

Gambar hiasan


Pemuda maut dipukul gara-gara intai isteri orang

KEMAMAN, 3 Disember: Seorang pemuda maut setelah dipukul sekumpulan lelaki kerana dipercayai mengintai salah seorang isteri suspek dalam kejadian di Kampung Bujar, Air Jernih, Ahad lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, berang dengan tindakan itu, suami wanita berkenaan bersama empat lagi rakannya memerangkap mangsa dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu.
“Mangsa ketika itu dipercayai leka mengintai isteri suspek yang berusia 20-an menerusi tingkap jeriji (tingkap nako) di sebuah rumah yang terletak di satu kawasan yang dikelilingi tanaman kelapa sawit.

Rabu, 3 Disember 2014

PERLANTIKAN TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA BARU


Polis Tumpas Sindiket Dadah di Pulau Pinang


GEORGE TOWN: Polis menyerbu sebuah makmal dadah di Sungai Ara di sini dan menumpaskan sindiket dadah tempatan yang aktif di Pulau Pinang dan Kedah sejak setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis telah merampas sejumlah 6.5kg dadah bernilai RM750,000.

Beliau berkata, polis turut menahan 12 penduduk tempatan termasuk dua wanita semasa operasi pada 28 November di sebuah rumah di Sungai Ara dan sebuah kondominium di George Town.

Nenek trauma diacu pisau di Besut


Besut - Seorang nenek berdepan detik cemas apabila lehernya diacu pisau oleh seorang penjenayah sebelum meragut rantai lehernya di Kampung Batu 12, Bekok, di sini, dekat Hulu Besut, kelmarin.

Akibat peristiwa hitam itu, mangsa yang berada bersama suami ketika kejadian mengalami trauma sehingga tidak lena tidur dan rasa berdebar-debar.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Fatimah Abas, 67, sedang menyapu di halaman rumah sebelum didatangi seorang penjenayah bersenjatakan pisau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...