Rabu, 11 November 2015

1,550 saman dalam Ops Khas Trafik LPT2


Kuala Nerus: Sebanyak 1,550 saman dikeluarkan dengan 802 saman membabitkan kesalahan memandu melebihi had laju sepanjang empat hari Operasi Khas Trafik Lebuh Raya Pantai Timur 2 yang tamat semalam.

Daripada jumlah itu, 748 saman lagi membabitkan lain-lain kesalahan selain empat lelaki berusia 29 hingga 45 tahun turut ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Selain itu, operasi yang membabitkan 27 pegawai dan 103 anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama Bukit Aman dan IPK Johor turut menahan dua lelaki mengikut Seksyen 15 (1) ADB 1952.

Azmin Diminta Jangan Persoal Tindakan Polis Panggil Anaknya


PUTRAJAYA: Polis meminta Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak menjadikan alasan peperiksaan bagi mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya untuk direkodkan keterangan berhubung penglibatan dalam perhimpunan Bersih.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak September lepas, namun gagal memberikan kerjasama.

Beliau menjelaskan polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon untuk hadir memberi keterangan bagi mengelak sebarang kekecohan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...