Jumaat, 22 November 2013

Dewan Rakyat: Indeks jenayah kekerasan turun 23 peratus



Ops Cantas Khas yang masuk hari ke-96 semalam, menunjukkan kejayaan dengan indeks jenayah kekerasan seperti bunuh dan samun mencatatkan penurunan hampir 23 peratus.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sejak operasi dimulakan 17 Ogos lalu, seramai 871,526 individu diperiksa dengan 32,174 daripadanya ditahan.

Katanya, 951 senjata api dan senjata berbahaya turut berjaya dirampas. 
Tetapi malang dalam serbuan yang kita jalankan, orang bawahan saja dapat ditangkap, bila ditanya, banyak yang tidak mengetahui siapa bos mereka” Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri
“Kejayaan paling ketara adalah penurunan indeks jenayah kekerasan hampir 23 peratus daripada 187 kes kepada 144 kes dalam tempoh berkenaan,” katanya menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng), semalam.

Daripada jumlah tangkapan itu, beliau berkata 13,789 adalah Melayu membabitkan 13,199 lelaki dan 590 wanita.

Sementara, Cina pula 3,809 orang iaitu 3,609 daripadanya lelaki dan 200 wanita; India seramai 7,263 orang (7,139 lelaki dan 124 perempuan) dan bangsa lain seramai 7,313 orang (6,145 lelaki dan 1,168 perempuan).

“Sebanyak 7,750 kertas siasatan sudah dibuka atas pelbagai kesalahan tidak, termasuk kesalahan mengikut Akta Senjata Api sepanjang operasi cantas dijalankan. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,584 sudah dituduh di mahkamah, 5,419 masih lagi dalam siasatan sementara 214 tiada tindakan diambil,” katanya.

Bagi kesalahan mengikut Akta Senjata Api, 144 kertas siasatan dibuka dengan 120 kes sudah dituduh di mahkamah dan selebihnya masih dalam siasatan.

Sindiket penyeludupan dadah, perjudian 

Menjawab soalan tambahan Boon Chye, sindiket penyeludupan dadah dan perjudian, Wan Junaidi berkata pelbagai rampasan, tangkapan dan sindiket berjaya dipatahkan menerusi operasi ini.

“Tetapi malang dalam serbuan yang kita jalankan, orang bawahan saja dapat ditangkap, bila ditanya, banyak yang tidak mengetahui siapa bos mereka,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan pernah mencadangkan supaya pagar dibina di kawasan sempadan sepanjang Sungai Golok di Kelantan, namum berdepan masalah memindahkan penduduk yang tinggal di tepi sungai selain 50 jeti yang sudah dibina.

Kereta dilarikan bersama pemuda sedang tidur


Kereta dilarikan bersama pemuda sedang tidur

Kuala Lumpur: Seorang pemuda berusia 25 tahun hilang apabila kereta keluarganya yang ditinggalkan ibu bapanya untuk ke tandas dan kedai serbaneka di stesen minyak Petronas di susur keluar Lebuh Raya Guthrie, dilarikan. 

Menurut ibunya, Roswati Rahmat, anaknya Iskandar Zulkarnain Borhan ketika itu sedang tidur di kerusi belakang kereta Subaru XV apabila beliau dan suaminya, Abul Malik Abdul Latiff keluar dari kereta. 

Kejadian berlaku jam 7 malam ini dan laporan polis telah dibuat di Ibupejabat Polis Shah Alam. Nombor pendaftaran kereta berwarna putih itu ialah WXQ 191.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...