Sabtu, 28 Mei 2016

Rakyat Malaysia antara ditahan bawa dadah A$200 juta

SYDNEY: Enam rakyat Malaysia antara yang ditahan polis Australia kerana disyaki membawa masuk 200 kg dadah jenis methamphetamine atau syabu yang dianggarkan bernilai RM588 juta.

Dalam satu kenyataan semalam, polis Australia menahan 14 individu termasuk enam rakyat Malaysia dan lapan warga China.

Sebuah pasukan khas membanteras jenayah terancang ditubuhkan bagi melakukan siasatan selepas polis Australia menahan sebuah kapal nelayan komersial yang membawa lapan rakyat China itu kira-kira 185 km dari perairan Australia Barat.

Henti cabar kedaulatan Sabah

LAHAD DATU: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi amaran kepada pihak luar supaya berhenti mencabar kedaulatan Sabah dengan menegaskan negeri itu sudah merdeka dalam Malaysia sejak 1963. 

Menganggap tuntutan pihak luar ke atas Sabah sebagai bukan isu, Perdana Menteri berkata, status Sabah dalam Malaysia sudah diputuskan pada tahun 1963 menerusi pungutan suara dan Suruhanjaya Cobbold yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

"Dari segi undang-undang antarabangsa, tidak ada sesiapa boleh persoalkan. Oleh itu saya anggap ini bukan isu. Saya hendak menyatakan bumi Sabah ini kita tetap pertahankan, Sabah merdeka dalam Malaysia. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...