Selasa, 19 Februari 2013

Tiga dulang rantai emas bernilai RM200,000 dilarikan


KUALA LUMPUR — Dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang mengandungi rantai emas bernilai kira-kira RM200,000 dalam kejadian menyamun sebuah kedai emas yang terletak di hadapan Balai Polis Selayang Baru dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian samun pukul 10.15 pagi itu, dua suspek menerpa masuk ke dalam kedai emas berkenaan dengan bersenjatakan parang dan tukul di mana tukul itu digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran.
Pemilik kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Su berkata, ketika kejadian tiada pelanggan di dalam premis dan suaminya keluar untuk minum.

Ketua kumpulan samun di daerah Manjung ditembak mati


IPOH 18 Feb. - Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan samun ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Manjung dekat sini, semalam.

Lelaki berusia 25 tahun itu juga amat dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun kereta mewah dan kes bunuh di Sitiawan.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata polis mengesan lelaki itu menaiki kereta Naza Citra berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 4 pagi.

Anggota polis selia OKT lolos digantung tugas


TASEK GELUGOR 18 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang bertanggungjawab menyelia dan mengatur kawalan keselamatan perjalanan sembilan orang kena tuduh (OKT) yang lolos ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth baru-baru ini dikenakan tindakan gantung tugas kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

PDRM bertindak jika ada campur tangan asing PRU-13


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak jika terdapat campur tangan pihak asing semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata sehingga ini polis sedang memantau kemungkinan itu.

"Setakat ini tiada maklumat pihak asing campur tangan dalam hal berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat mengenai keselamatan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah di Pasir Putih, Ahad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...