Memaparkan catatan dengan label Mati Ditembak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mati Ditembak. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Disember 2015

Ahli Perniagaan Malaysia Ditembak Mati Di Hatyai

HATYAI: Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah hari tadi oleh pihak yang belum dikenali semasa dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla.

Mangsa dikenali sebagai Lee Ah Wan, 54, yang berasal dari Kedah tetapi menetap di Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla.

Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Wichapan Chantaraporn berkata, Lee ditembak semasa berada dalam sebuah Mercedes Ben S300 bersama teman wanitanya yang cedera dalam kejadian itu.

Khamis, 18 Jun 2015

Lelaki Sedang Pikat Burung Mati Ditembak


BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang dikatakan sedang memikat burung berhampiran sungai di Kampung Turus, Guar Perahu di sini, maut selepas ditembak malam Rabu.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Hamzah Man, 40, mati selepas tembakan berkenaan mengenai rusuk kanan dan dadanya.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata setakat ini, polis belum mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Jumaat, 13 Mac 2015

Ahli Geng 35 Ditembak Mati di Sungai Petani

SUNGAI PETANI, 12 Mac - Seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai menjadi ahli kongsi gelap, ditembak mati oleh polis dalam tembak-menembak di Lencongan Barat, Bandar Languna Merbok di sini petang ini. 
Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Ketua Nashir Ya berkata dalam kejadian 17:30 itu, K. Sujenthiran, dipercayai seorang anggota Geng 35, ditembak polis selepas pasukan yang cuba untuk mendapatkan dekat dengan kenderaannya.

Selasa, 10 Mac 2015

Lelaki mati ditembak ketika merompak pengurup wang

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan berusia 67-tahun menembak mati seorang anggota kumpulan perompak yang menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi meruntuhkan premis pengurup wang di sebuah pasaraya di Maluri, Cheras di sini hari ini.
Mohanraj Raman, 30, yang bersenjatakan parang mati di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira 11 pagi di Aeon Hypermarket.

Isnin, 19 Januari 2015

Lelaki Maut ditembak ketika minum


Petaling Jaya: Seorang lelaki maut selepas terkena satu daripada empat das tembakan dilepaskan suspek menaiki kereta di kawasan parkir Taman Desa Ria, PJS5/18, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala yang dilepaskan dalam jarak kira-kira lima meter.

Beliau berkata, sebelum kejadian itu mangsa, S Suresh, 27, dikatakan sedang duduk minum bersama abang, jiran dan sepupu mangsa di belakang rumah mereka di Blok K.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Rakyat Malaysia mati ditembak di kebun getah Thailand


Seorang rakyat Malaysia ditemui mati ditembak dalam sebuah kebun getah di Narathiwat, Thailand.
Mayat Sukri Ismail atau nama panggilannya Mat Yei Kudung, 50, yang beralamat Kampung Laloh, Kuala Krai, Kelantan, dijumpai kira-kira 10 pagi ini.
Kapten Monteri Janmuang dari Balai Polis Daerah Rusak, Narathiwat, berkata polis menerima laporan tentang penemuan mayat itu daripada Annuar Cheknae, Penolong Ketua Kampong Bangol Laweng, Mukim Batong, Rusak pada 10 pagi ini.

Rabu, 10 September 2014

Lelaki mati ditembak di parkir kereta

Gambar hiasan
Johor Bahru: Seorang lelaki mati ditembak di Jalan Kenanga 3, Taman Desa Cemerlang di sini malam tadi.

M Sasitharen, 33, ditembak lelaki tidak dikenali ketika berada di kereta Honda City dipandunya di tempat letak kenderaan depan deretan bangunan kedai tiga tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata polis terima panggilan pada jam 7.55 malam berhubung kejadian seorang lelaki ditembak beberapa das.

Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi beberapa minit kemudian mendapati mangsa sudah dibawa ke hospital oleh orang ramai.

Sabtu, 12 Julai 2014

Timbalan Ketua Polis Daerah YALA Maut Ditembak


YALA: Timbalan Ketua Polis Daerah Krong Pinang, Lt Kol Pol, Adinan Ismail adalah antara tiga anggota polis yang maut diserang hendap 10 orang bersenjata di sini malam Khamis.

Jenazah mereka dikebumi pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10.55 malam itu, mereka dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Tarawih di Kampung Ladu, Mukim Saed, Krong Pinang.

Ahad, 22 Jun 2014

PENUNGGANG M/SIKAL MATI DITEMBAK

Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki mati di tempat kejadian selepas ditembak di Taman Songket di sini, malam Jumaat.

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, M.Gurubaran yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke Taman Keladi.

Lelaki berusia dalam lingkungan 20 an itu terkena beberapa das tembakan dan terjatuh daripada motosikalnya.

Sumber berkata, sekurang-kurangnya dua suspek terbabit dalam kejadaian itu dan pihak polis sedang menjejaki mereka.

Kata sumber itu lagi, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tiga das tembakan pada bahagian bahunya.

Sabtu, 7 Jun 2014

LELAKI DITEMBAK MATI DI HADAPAN KUIL DI PUCHONG


Niat seorang suami pergi ke kuil bagi mendoakan isteri selamat melahirkan anak sulung berakhir tragedi selepas ditembak mati dalam kejadian di hadapan sebuah kuil di Jalan Bandar 3, Puchong. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa A Ragan,31, yang menjalankan perniagaan kedai bunga di Puchong dan Klang itu cedera di bahagian kepala dan badan. 

Anak saudara mangsa, Kalidasan Parmasivam, 15, berkata ketika kejadian dia, mangsa dan neneknya baru selesai bersembahyang bagi mendoakan keselamatan isteri mangsa. 

Sabtu, 12 Oktober 2013

TINDAKAN YANG TEPAT DILAKUKAN OLEH PDRM KE ATAS PENJENAYAH GANAS

Hadi Ho
KUALA LUMPUR - Polis hari ini menafikan dakwaan mereka tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan melepaskan tembakan sewenang-wenangnya ketika berdepan penjenayah.

Sebaliknya kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, mereka perlu mematuhi SOP yang ketat terutama berkaitan penggunaan senjata api.

"Akan tetapi jika penjenayah melepaskan tembakan ke arah polis, takkan polis nak tunggu sahaja, mestilah polis pertahankan diri dengan bertindak menembak penjenayah," katanya dalam sidang media, di sini.

Khamis, 20 Jun 2013

PENGAWAL PERIBADI TEMBAK MATI PENYAMUN WARGA ASING



Klang, 19 Jun - Seorang lelaki warga asing mati ditembak oleh seorang pengawal peribadi dalam kejadian cubaan samun ke atas seorang pengurus kilang di dalam kereta di hadapan sebuah bank di Jalan Kapar, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, pengawal peribadi yang duduk di sebelah pemandu melepaskan dua das tembakan ke arah suspek ketika lelaki itu cuba memecahkan cermin kenderaan sebelah kiri penumpang belakang yang dinaiki majikannya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata empat lagi rakan suspek yang menaiki dua buah kereta sempat melarikan diri selepas cubaan mereka untuk menyamun wang tunai bernilai RM50,000 dari mangsa gagal.

Beliau berkata siasatan awal mendapat kumpulan penyamun itu menaiki dua buah kereta jenis Proton Waja dan Proton Wira dan mengekori kenderaan mangsa yang baru mengeluarkan wang tunai dari sebuah bank berhampiran.

Selasa, 14 Mei 2013

Dua Lelaki Maut, Dua Lagi Parah Ditembak Di Bukit Tambun

Gambar hiasan
BATU KAWAN: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, di sini malam Ahad.
Kedua-dua lelaki itu mati ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya dan hasil siasatan awal polis mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata keempat-empat lelaki itu ditembak selepas pulang daripada majlis perkahwinan saudara mereka di sebuah dewan kira-kira 150 meter dari tempat kejadian.

Isnin, 13 Mei 2013

Mati ditembak 10 das dari jarak dekat


Ditembak 10 das dari jarak dekat
KULIM - Seorang pembantu kedai barang lusuh ditemui mati dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan, di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai, Lunas di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, mangsa dikenali sebagai KThangaraja, 31, dari Taman Perak di sini, dikatakan sedang memandu bersendirian ke arah lebuh raya Butterworth-Kulim, sebelum diserang pada jam 8.43 malam.

“Dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dipercayai bersenjatakan pistol mendekati kereta Perodua Alza yang disewa mangsa, yang sedang berhenti di persimpangan tersebut. Suspek kemudiannya melepaskan l0 das tembakan ke arah mangsa.

“Beberapa das tembakan mengenai muka dan lengan mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” kata ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pihak polis menjumpai 10 kelongsong peluru berukuran 9 mm di dalam kereta dan kawasan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa dipercayai berasal dari Pulau Pinang dan dipercayai baru berpindah di taman tersebut. - Bernama

Sabtu, 27 April 2013

Modus Operandi yang sama pembunuhan di lampu isyarat


Foto
Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala ibunya cedera selepas ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal ketika mangsa berhenti di lampu isyarat di Bulatan Taman Billion, Cheras, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa, R Karikaalan, 29, memandu kereta Nissan Livina bersama ibunya yang berusia 60 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong.
Mangsa yang terkena tembakan di bahagian dada disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 1 tengah hari.

Bagaimana pun, ibu mangsa yang terkena dua das tembakan pada lengan kanan masih dirawat di hospital sama dan dilaporkan stabil.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, kejadian berlaku ketika mangsa berhenti di persimpangan lampu isyarat di bulatan berkenaan.

Mati ditembak dalam Kereta Perdana


SEREMBAN – Seorang lelaki mati selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa, N. Ragunathan, 39, yang memandu kereta Proton Perdana maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke Seremban berhenti di tepi jalan berhampiran Ibu Pejabat JPJ negeri tetapi tidak diketahui tujuannya berhenti di situ.

Rabu, 24 April 2013

Pemandu teksi ditembak mati di hadapan isteri, anak

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi ditembak mati dua lelaki ketika menikmati makan malam bersama isteri dan anak perempuannya di sebuah restoran di Batu 14, Kampung Baharu Puchong dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mangsa, Seva Arumugan, 36, didatangi dua lelaki bertopeng yang melepas beberapa das tembakan ke arah mangsa dalam kejadian 9.20 malam itu.
“Dua suspek tersebut berbadan gempal dan berusia lingkungan 30-an,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira kelabu dengan nombor pen daftaran NBS 9119, yang dipercayai kenderaan curi.
Mangsa dibawa ke sebuah klinik tidak jauh dari tempat kejadian namun disahkan meninggal dunia.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - BERNAMA

Khamis, 4 April 2013

Akibat Balas Dendam, Seorang Lelaki Mati Ditembak Sembilan Das


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan dua individu dalam satu kejadian di kawasan flat Taman Sri Serdang, dekat sini malam Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi, Bernard Ooi Boh Beng, 39, ditembak enam das di bahagian dada dan tiga das lagi masing-masing di ketiak sebelah kanan, lengan kiri dan perut.
Ketua Polis daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias berkata polis percaya motif kejadian kerana balas dendam berdasarkan jumlah tembakan yang dilepaskan.

Rabu, 3 April 2013

Peniaga Maut Ditembak Tujuh Kali Di Lingkaran Pantai Jerjak

Pegawai perubatan memeriksa seorang peniaga yang maut selepas terkena tujuh das tembakan di Lingkaran Pantai Jerjak dekat George Town pada Selasa. Mangsa S. Arumugam, 48, dari Changkat Minden, Sungai Gelugor ditemani seorang rakan didatangi dua lelaki menaiki motosikal dan melepaskan tembakan dan terkena bahagian badan serta kepala mangsa. Rakan mangsa berjaya melepaskan diri dan pihak polis sedang mengesan kedua-dua suspek dan rakan mangsa

GEORGE TOWN: Seorang peniaga maut selepas terkena tujuh das tembakan yang dilepas lelaki tidak dikenali di Lingkaran Pantai Jerjak dekat sini pada 4.40 petang Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata ketika kejadian, mangsa, S.Arumugam, 48, dari Changkat Minden, Sungai Gelugor sedang memandu kereta jenis Hyundai Matrix dengan ditemani seorang rakan.

Sabtu, 30 Mac 2013

Pengusaha salun kecantikan mati ditembak di Serdang

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 30 Mac - Seorang pengusaha salun kecantikan mati ditembak dari jarak dekat di luar kedainya di Jalan Pinggiran Putra 25, Seri Kembangan, Serdang, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Serdang, Asistem Komisioner Abdul Razak Elias berkata, Edisson S. Pillai, 37, ditembak oleh seorang lelaki bertopeng, kira-kira 6 petang.

"Mangsa ditembak dua das di dahi dan tiga das di tubuhnya, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian tersebut masih dalam siasatan.

"Polis akan siasat kes dari sudut perniagaan dan latar belakang keluarga," katanya. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...