Jumaat, 10 Jun 2016

Sabotaj MyIMMs: Lagi Lima Pegawai Imigresen Ditahan

KUALA LUMPUR: Lima pegawai Jabatan Imigresen ditahan polis semalam kerana disyaki mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang bagi membantu siasatan.
Beliau berkata operasi untuk mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan mensabotaj sistem myIMMs akan diteruskan.
"Polis juga ada merampas beberapa barang mereka antaranya dokumen  dan siasatan akan diteruskan," katanya yang enggan mengulas lanjut perkara itu.

Suami Isteri Ditahan, Dadah Bernilai RM17,000 Dirampas

DUNGUN: Sepasang suami isteri dan seorang pemuda diberkas bersama pelbagai jenis dadah yang bernilai hampir RM17,000 pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata ketiga-tiga mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bandar Bukit Besi kira-kira pukul 9.30 pagi.
Katanya hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu, pihaknya mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun dan menjumpai serbuk putih dipercayai syabu kira-kira 8.8 gram bersamanya.
"Pemeriksaan lanjut di bilik bahagian dapur rumah tersebut kita menemui pasangan suami isteri berkenaan...kita juga terpaksa memecahkan pintu bilik tersebut ekoran penghuni enggan membuka pintu," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...