Selasa, 10 Disember 2013

Pegawai Kanan Wanita PDRM Meninggal Dunia Akibat Influenza A

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai awam wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disahkan meninggal dunia pada Selasa akibat dijangkiti selesema, Influenza A.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mangsa didapati dijangkiti virus itu selepas menghadiri majlis "Perjumpaan Pegawai Awam PDRM bersama KPN" di Melaka, Khamis lepas.
Pegawai awam berusia 48 tahun itu meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 11.10 pagi Selasa.
"Kita percaya wabak ini bermula daripada salah seorang kakitangan yang datang dari Kedah menghadiri majlis berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Balai League Table 2013 di sini, Selasa.
Khalid menggesa kira-kira 300 orang pegawai awam PDRM yang menghadiri majlis itu agar menjalani saringan kesihatan segera.
"Rombongan dari Kedah yang menaiki sebuah bas kini dikuarantin di hospital Kedah untuk pemeriksaan lanjut manakala beberapa orang lagi dikuarantin di Melaka," katanya. Khalid berkata beliau juga telah dipanggil untuk menjalani saringan kesihatan kerana menghadiri majlis itu.
Katanya virus itu dikesan apabila beberapa kakitangan didapati demam selepas menghadiri majlis berkenaan.
Mengenai laporan tentang seorang rakyat Malaysia dikatakan terlibat dalam rusuhan di Little India, Singapura Ahad lalu, beliau berkata individu berkenaan berstatus pemastautin tetap (PR) negara itu, telahpun dibebaskan selepas siasatan lanjut dijalankan.
"Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan dia dah dibebaskan tanpa syarat," katanya. -BERNAMA

Wawancara Eksklusif PJL - "Penggunaan Senjata Api Tiruan"



10 Disember 2013 (Selasa) jam 8.05 pagi bertempat di Studio 2, Wisma TV Angkasapuri, Kuala Lumpur berlangsungnya wawancara eksklusif YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik didalam Program Bual Bicara ‘Selamat Pagi 1 Malaysia’ (SP1M) mengenai “Penggunaan Senjata Api Tiruan”. 

Antara input – input yang difokuskan oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik ialah :- 

• Selain ahli Pasukan Keselamatan tiada individu yang dibenarkan memiliki, membawa atau menggunakan senjata api kecuali bagi yang diberikan lesen dibawah Seksyen 4 Akta Senjata 1960.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...