Isnin, 1 Disember 2014

Mayat Tanpa Kepala dalam guni di Bukit Mertajam


GEORGE TOWN: Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti sama ada mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni yang ditemui dalam tali air di tebing sungai Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap semalam mempunyai kaitan dengan penemuan mayat tanpa kepala di Bukit Mertajam pada Isnin lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata bedah siasat mayat dijangka dilakukan Pakar Pathologi Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh esok.

PEMBUNUHAN KEJAM DI NIBONG TEBAL

Gambar hiasan

DUA TANGAN, KAKI KIRI DITEMUI DI SIMPANG AMPAT

NIBONG TEBAL, 30 Nov (Bernama) -- Dua belah tangan dan kaki kiri dari paras lutut hingga tapak kaki ditemui terapung di tali air belakang sebuah stesen minyak di Simpang Ampat, di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata anggota badan manusia itu ditemui pekerja stesen minyak tersebut pada 7 malam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...