Kuala Terengganu: Polis minta orang ramai yang mengetahui lokasi Mohd Hafiz Mohamad, 29, dari Kampung Baloh, Manir di Kuala Terengganu supaya dapat menyalurkan maklumat
bagi membantu siasatan berkaitan kejadian bunuh di kawasan parkir Kompleks Seri
Iman, pagi tadi.
Memaparkan catatan dengan label Kes Pembunuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Pembunuhan. Papar semua catatan
Isnin, 17 Oktober 2016
Sabtu, 30 Januari 2016
Lelaki Ditemui Mati Dipercayai Dipukul Dengan Besi
GEORGE TOWN: Seorang
lelaki ditemukan mati dipercayai dipukul dengan sebatang besi di sebuah kedai
Perkhidmatan Pengebumian, di Lebuh Carnavon di sini awal pagi Jumaat.
Mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Maniam,
60-an, itu dijumpai berlumuran darah di atas kerusi di bahagian hadapan dalam
kedai itu pada 4.30 pagi.
"Terdapat kecederaan kesan hentakan dengan
benda tumpul dan keras di kepalanya. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui
tetapi menurut beberapa saksi, lelaki itu tinggal di sekitar kawasan
berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash
Wahid di sini Jumaat.
Isnin, 11 Januari 2016
Tiga Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembak Mati Di Sibu
SIBU: Polis Sibu
menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes tembak mati seorang lelaki di
sebuah restoran di Jalan Long Bridge di sini Sabtu malam.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal
Kordi berkata, mereka ditahan sekitar pukul 2.30 pagi di bandar ini namun tidak
menyatakan lokasi sebenar penahanan itu dibuat.
"Tiada senjata yang dijumpai," katanya
ketika dihubungi di sini, Ahad.
Isnin, 16 November 2015
Polis Tahan Suspek Pancung, Bawa Lari Kepala Mangsa
IPOH:
Polis menahan seorang pemandu lori selepas disyaki terlibat dalam kes
pembunuhan di Jalan Kampung Batu 4, Slim River dekat Tanjung Malim berikutan
penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang tanpa kepala awal pagi Jumaat.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Goh Kok Liang berkata suspek berumur 35
tahun itu ditahan di rumah bapanya di Kampung Air Jada, Gerik, pada 2 petang
tadi.
"Polis
menemui sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter, satu beg silang mengandungi
sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter.
Jumaat, 13 November 2015
Bapa Empat Anak Ditembak Lima Kali Meninggal Dunia
KAJANG: Empat
anak kepada seorang lelaki yang ditembak lima kali di depan mata mereka, kini
menjadi anak yatim apabila bapa mereka meninggal dunia akibat kecederaan yang
dialaminya.
Kesawan
Aramuggam, 28, yang ditembak sebanyak lima kali oleh penyerang tidak dikenali
di Semenyih pada Jumaat lalu, meninggal dunia pada Selasa.
Polis
kini mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai kes bunuh.
Di bilik
mayat Hospital Kajang, bapa Kesawan berkata dia tidak memahami mengapa ada
orang yang sanggup membunuh anak lelakinya.
Ahad, 20 September 2015
Pembunuhan Morais: Polis cari dua lelaki
![]() |
| Diniswaran dan Vishwanath bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kevin Morais |
KUALA LUMPUR,
20 September:
Polis mencari
dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin
Anthony Morais.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, gambar kedua-dua
individu terbabit dikeluarkan hari ini untuk disiarkan menerusi semua rangkaian
balai polis dan media di negara ini.
Katanya, dua
individu ini berasal dari Kedah iaitu R Dinishwaran, 23, dengan alamat terakhir
di Batu Pekaka Estate manakala seorang lagi ialah M Vishwananth, 25, dengan alamat
terakhir di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan.
Rabu, 16 September 2015
Sah mayat Kevin Morais dalam tong dram
SUBANG -
Polis mengesahkan mayat yang dijumpai disimen dalam tong dram di kawasan paya
bertentangan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chee Wen di Jalan Subang 3 adalah
Kevin Anthony Morais.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan
perkara dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.
"Penemuan
mayat itu susulan penahanan tujuh suspek semalam di Pulau Pinang dan di Lembah
Klang," jelasnya.
Beliau menambah, pembunuhan
mangsa mempunyai kaitan dengan satu kes rasuah membabitkan seorang lelaki
bergelar doktor di Mahkamah Shah Alam dua minggu lepas.
Sumber: KLIK DISINI
Isnin, 14 September 2015
MAYAT LELAKI DENGAN KESAN TETAK DITEMUI DI TEPI LEBUH RAYA
![]() |
| Gambar hiasan |
Bukit Kayu Hitam, 13 Sept - Mayat
seorang lelaki ditemui dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badannya di
tepi Lebuhraya Utara-Selatan menghala Bukit Kayu Hitam berhampiran Kampung
Padang Satu di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah,
ACP Mohd Nashir Ya berkata, mayat lelaki berusia lingkungan 40-an dengan kesan
tetak di dahi, belakang kepala dan kedua-dua tangan ditemui hasil maklumat
orang awam kira-kira 9.30 pagi tadi.
"Polis tidak menemui sebarang
dokumen pengenalan diri. Tetapi kita menjumpai sebuah telefon bimbit dan sedang
menjalankan siasatan," katanya.
Mayat lelaki itu menurutnya, telah
dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat dan kes
disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas dakwaan membunuh - BERNAMA
Rabu, 15 Julai 2015
Mayat disumbat dalam beg pakaian
Petaling Jaya: Mayat
lelaki disumbat di dalam beg pakaian ditemui dalam longkang di Jalan Cecawi 6/30, Seksyen 6, Kota Damansara,
di sini, 1 petang tadi.
Mangsa
yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui orang awam yang kemudian
memaklumkannya kepada polis.
Menurut
sumber polis, siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemui di dalam beg pakaian berwarna
hitam dan dibungkus menggunakan plastik putih.
Difahamkan,
mangsa dipercayai dibunuh di
tempat lain sebelum dicampak ke dalam longkang.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim
ketika dihubungi mengesahkan menerim laporan penemuan mayat terbabit dan
berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Selasa, 14 Julai 2015
Pegawai Polis Antara Lima Suspek Berpakat Lakukan Pembunuhan
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis dan seorang
ahli perniagaan adalah antara lima yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini
hari ini atas tuduhan berpakat untuk melakukan pembunuhan.
ASP Haris
Faddila Hasim, 39, ahli perniagaan Lau Ngik Yin, 45, didakwa bersama-sama dua
bekas pegawai polis Mohd Nizam Manshor, 34, Indra Zaidi Zamani, 32, serta
pengawal peribadi Lau, Zainuddin Rosman, 36.
Mereka
didakwa melakukan kesalahan itu di Westin Hotel, Jalan Bukit Bintang di sini
antara April hingga 15 Jun, 2015, iaitu berpakat untuk melakukan pembunuhan,
satu kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Rabu, 13 Mei 2015
Dicekik mati di Terengganu, dicampak di Cyberjaya
![]() |
| Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR 9 Mei - Dicekik hingga
mati di Penarik, Terengganu sebelum mayatnya dibawa sejauh 450 kilometer hingga
ke Cyberjaya, Selangor.
Mayat itu kemudian dicampak ke dalam
kawasan belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.
Itu sebenarnya yang berlaku kepada
Rosshida Abdullah, 30, juruwang restoran yang mayatnya ditemui oleh orang awam
pada Rabu lalu.
Suspek yang dipercayai tunang mangsa
dikatakan tekad melakukan perbuatan itu kerana cemburu dengan kehadiran orang
ketiga dalam hubungan mereka.
Isnin, 30 Mac 2015
Mayat lelaki berkopiah ditemui di Teluk Bahang
BALIK PULAU, 30
Mac: Penemuan mayat di tepi jalan berhampiran empangan di Teluk Bahang hari ini
menimbulkan kegemparan buat penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan
berkenaan.
Mayat terbabit dikatakan seorang lelaki tua beragama
Islam ditemui hanya berkain pelikat putih, berkopiah dan ditutup dengan selimut
berwarna jingga.
Penduduk kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis
yang tiba di lokasi kira-kira jam 10.47 pagi tadi.
Khamis, 5 Mac 2015
Bekas anggota polis maut ditikam
ALOR SETAR 4 Mac - Seorang lelaki
ditemukan maut dengan kesan tikaman dipercayai diserang sekumpulan lelaki di
hadapan deretan rumah kedai di Taman Anggerik di sini hari ini.
Mangsa, Ang Kean Eng, 32, yang merupakan
seorang bekas anggota polis ditikam dibahagian dada, perut dan dahi dan ditemui
terbaring berlumuran darah kira-kira pukul 1.35 pagi hari ini.
Kean Eng dipercayai diserang dengan
menggunakan pisau oleh kumpulan lelaki berkenaan dan terjatuh lalu meninggal
dunia kira-kira 50 meter dari tempat dia diserang.
Rabu, 4 Mac 2015
Pengawal keselamatan maut ditetak
![]() |
| Gambar hiasan |
BANTING: Seorang pengawal
keselamatan warga tempatan berumur 50 tahun mati ditetak oleh sekumpulan empat
lelaki dalam kejadian di Teluk Panglima Garang, hari ini.
Kejadian
kira-kira jam 3.15 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi pengawal keselamatan
mengalami kecederaan parah di tangan.
Ketua Polis
Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, berkata ketika kejadian,
mangsa yang mati itu berada di dalam pondok pengawal, sebelum secara tiba-tiba
diserang oleh kesemua suspek.
Selasa, 3 Mac 2015
Lelaki Maut Ditembak Jarak Dekat
![]() |
| Gambar hiasan |
GEORGE TOWN, 2 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut ditembak
dari jarak dekat di Jalan Scotland di sini, Isnin malam.
Mangsa yang berusia 51 tahun dan bekerja dengan syarikat
pengawal keselamatan ditembak dua lelaki yang menunggang motosikal ketika dia
berhenti di lampu isyarat pada pukul 9.30 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mazlan
Kesah berkata suspek telah menghampiri kereta Honda Odyssey mangsa dan
melepaskan beberapa das tembakan.
Ahad, 1 Mac 2015
Tauke Kedai Warga Myanmar Maut Ditetak
SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan
tetakan di seluruh badan di sebuah kedai runcit di Taman Harmoni, Ijok dekat
sini, Khamis malam.
Dalam kejadian 12 tengah malam itu,
mayat Soe Tin, 31, ditemui terbaring berlumuran darah di premis berkenaan yang
dipercayai diusahakannya sejak setahun lepas.
Mayat Lelaki Warga Emas Dipercayai Dibunuh
TAMPIN: Mayat
seorang lelaki warga emas dipercayai dibunuh ditemui di dalam rumahnya di Taman
Bukit Tampin, di sini, Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Wooi Kooi Cheang
berkata mayat lelaki berumur 68 tahun itu ditemui oleh jirannya yang datang
untuk memberi makanan kepadanya pada 2.34 petang.
Selasa, 24 Februari 2015
Sairah mati dibunuh dengan kejam
KENINGAU: Sairah Fitri Tifanus, 20, penuntut kolej swasta
yang ditemui mati dalam tandas di Pejabat Daerah Keningau semalam, disahkan
mati akibat dibunuh.
Ia susulan laporan bedah siasat yang
menemui dua tikaman di bahagian tulang rusuk mangsa.
Bedah siasat dijalankan di Hospital
Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu turut menemui kesan lebam di beberapa
bahagian muka dan badan gadis terbabit, dipercayai akibat terhantuk pada objek
tumpul, selain tusukan kecil di dada kanan.
Sabtu, 21 Februari 2015
Penganggur maut ditembak di hadapan rumah
SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki maut
selepas terkena beberapa das tembakan dalam kejadian di Taman Tun Sambanthan di
sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.30
pagi, mangsa yang dikenali sebagai Suren, 28, baru pulang menaiki sebuah kereta
dan ditembak ketika mahu masuk ke dalam rumah.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput,
Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mangsa maut akibat terkena tembakan
di lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta bahagian belakang kepala.
"Mayat mangsa yang tidak
bekerja itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan setakat ini kita masih menyiasat motif
kejadian," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - KOSMO!
Isnin, 26 Januari 2015
KIM CHAI DICARI BANTU SIASATAN KES BUNUH
Kota Tinggi: Polis sedang mencari seorang lelaki
bagi membatu siasatan kes pembunuhan yang berlaku di Jalan Besar, Kampung
Sungai Kapal, Pengerang pada 26 April tahun lalu.
Individu berkenaan yang dikenali dengan nama Lim
Kim Chai, 55 dikenal pasti boleh membantu siasatan yang dijalankan.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat
berkenaan lelaki tersebut boleh menghubungi balai polis berhampiran atau
pegawai penyiasat DSP Mohd Fadhil Minhat menerusi 012-330 1110.
Langgan:
Catatan (Atom)



















