Ahad, 20 September 2015

Pembunuhan Morais: Polis cari dua lelaki

Diniswaran dan Vishwanath bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kevin Morais

KUALA LUMPUR, 20 September:

Polis mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, gambar kedua-dua individu terbabit dikeluarkan hari ini untuk disiarkan menerusi semua rangkaian balai polis dan media di negara ini.

Katanya, dua individu ini berasal dari Kedah iaitu R Dinishwaran, 23, dengan alamat terakhir di Batu Pekaka Estate manakala seorang lagi ialah M Vishwananth, 25, dengan alamat terakhir di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Wan Abdullah di talian 012 3482737,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini, polis telah menahan dua individu berhubung kes pembunuhan Morais di sebuah kedai cuci kereta dekat Jinjang, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Hasil tangkapan membawa polis kepada penemuan barang kes yang dipercayai dibuang di sungai di Kuala Selangor.


Zainuddin berkata, usaha mencari bahan bukti di sungai di Kuala Selangor masih diteruskan yang masuk hari kedua menerusi kerjasama polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat selain dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...