Rabu, 4 Mei 2016

Polis cedera direnjis asid

CHUKAI: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera di muka, telinga, bahu dan tangan dipercayai direnjis asid oleh seorang penagih dadah dalam serbuan Ops Tapis di sebuah rumah dekat Kemasik, Kemaman, pagi semalam. 

Lans Koperal Mohd Haikal Zaharuddin, 27, ketika itu dikatakan menyertai Ops Tapis bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kemaman sebelum diarahkan untuk menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri dari rumah terbabit.

Penjenayah gagal larikan wang selepas letup mesin ATM

BENTONG - Dua penjenayah gagal melarikan sejumlah wang selepas meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom buatan sendiri di sebuah bank di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek yang memakai topeng muka dan bersenjatakan parang dikatakan cuba meletupkan mesin ATM itu dengan meletakkan bom dipercayai buatan sendiri di bahagian tempat penyimpanan wang.
Bagaimanapun jurucakap polis ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, bom berkenaan gagal memecahkan mesin terbabit.

Difahamkan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup bank berkenaan bagi mengenal pasti suspek. - K! ONLINE

Dua Penjenayah Warga Asing Mati Ditembak

Gambar hiasan
SEPANG - Dua penjenayah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembak di Taman Indah dekat Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Kejadian pukul 4 pagi itu berlaku apabila suspek dikatakan telah melepaskan tembakan apabila diarahkan untuk menyerah diri.
Polis kemudian membalas tembakan tersebut untuk mempertahankan diri.

Siasatan awal percaya suspek merupakan penjenayah tegar yang memecah masuk rumah penghuni di sekitar kawasan ini. - K! ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...