Khamis, 28 Ogos 2014

RASUAH: PEGAWAI POLIS DIDENDA RM5,000 TERIMA SUAPAN RM300


IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Seorang pegawai polis dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan RM300 dua tahun lepas.

Hakim Madihah Harullah menjatuhkan hukuman itu terhadap ASP Shuib Abdul Samad @ Zainul dan memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar didakwa menerima suapan itu dengan tiada balasan daripada Tan Tiong An.

Sejumlah Bahan Letupan Ditemui Disembunyikan


RAUB: (Klik) Sejumlah bahan letupan dan alat peletup ditemui disembunyikan dalam empat kotak di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, dekat sini, Selasa.

Bahan letupan yang terdiri daripada sejumlah 600 dinamit yang masih aktif, beberapa gulungan wayar pengecas sepanjang 1700 meter, dan satu kotak berisi detonator itu, ditemui oleh seorang pekerja penyelenggaraan Perbadanan Air Pahang (Paip) ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

Polis akan ambil tindakan terhadap PPS


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) berikutan penubuhan pasukan itu tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima makluman rasmi daripada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

"Sehubungan itu, PDRM menganggap PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

Apo Kahumbo Suspek Dalang Kes Culik Dikait Abu Sayyaf Ditahan


KOTA KINABALU: (Klik) Seorang ketua kumpulan terkenal, dipercayai salah seorang dalang di sebalik beberapa insiden penculikan rentas sempadan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf ditahan di selatan Filipina.

Lelaki itu, dikenali sebagai Apo Kahumbo yang menjalankan operasi dari Pulau Tawi-Tawi merupakan individu yang dikehendaki oleh kedua-dua polis Filipina dan Malaysia sejak beberapa tahun.
Dia bersama kumpulan lelaki bersenjatanya turut mempunyai kaitan dengan satu lagi kumpulan penculik terkenal, yang diketuai oleh Muktadil bersaudara, yang dikenal pasti oleh polis Malaysia sebagai bertanggungjawab terhadap kes penculikan di Sabah, baru-baru ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...