Khamis, 28 Ogos 2014

Apo Kahumbo Suspek Dalang Kes Culik Dikait Abu Sayyaf Ditahan


KOTA KINABALU: (Klik) Seorang ketua kumpulan terkenal, dipercayai salah seorang dalang di sebalik beberapa insiden penculikan rentas sempadan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf ditahan di selatan Filipina.

Lelaki itu, dikenali sebagai Apo Kahumbo yang menjalankan operasi dari Pulau Tawi-Tawi merupakan individu yang dikehendaki oleh kedua-dua polis Filipina dan Malaysia sejak beberapa tahun.
Dia bersama kumpulan lelaki bersenjatanya turut mempunyai kaitan dengan satu lagi kumpulan penculik terkenal, yang diketuai oleh Muktadil bersaudara, yang dikenal pasti oleh polis Malaysia sebagai bertanggungjawab terhadap kes penculikan di Sabah, baru-baru ini.

Polis Kebangsaan Filipina Tawi Tawi, Kol Joey Salido memberitahu The Star bahawa Kahumbo ditahan pada awal Selasa dalam satu operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi keselamatan di salah sebuah pulau di Tawi Tawi, kira-kira kurang setengah jam menerusi perjalanan menggunakan bot dari pantai timur Sabah.
Pegawai keselamatan, berkata Kol Salido, yang sedang mengenal pasti latar belakang lelaki berkenaan, termasuk asalnya, umur dan lelaki bersenjata di dalam kumpulannya.
Beliau berkata, Kahumbo ditahan oleh pasukan keselamatan Filipinan di wilayah Bongao di Tawi Tawi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...