Sabtu, 13 April 2013

Pencuri kabel cedera dibelasah orang kampung


Cedera dibelasah orang kampung
BESUT - Seorang lelaki  berusia 21 tahun cedera dibelasah orang ramai selepas ditangkap ketika cuba mencuri kabel elektrik di sebuah kilang padi di Kampung Pondok Paku dekat Jabi malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek cedera di bahagian muka dan kaki akibat dipukul penduduk kampung ketika usaha menangkapnya dilakukan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek yang beralamat di Kampung Tok Dor itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama dua lagi rakannya.

Maut tersusuk buluh bendera parti


Sofian Iskandar Suharto
ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.

Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40 tengah hari.

Mayat Bayi Perempuan Ditemui Dalam Rimbunan Pokok Pisang


KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam rimbunan pokok pisang di Lorong Kancil, Kampung Klang Gate di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mayat bayi itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 3.45 petang.
"Bayi perempuan yang dibaluti dengan kain dipercayai ditinggalkan di kawasan itu sejak tiga hari lepas," katanya kepada Bernama di sini Jumaat.
Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. -BERNAMA

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN POLIS.


Majlis pemakaian pangkat kepada pegawai-pegawai kanan polis yang telah terpilih dan akan bertanggungjawab dalam memikul beban tugas sebagai ketua-ketua keselamatan EASTERN SABAH SECURITY COMMAND (ESSCOM) yang mana bidang kuasa tersebut telah diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Bin Hj Omar pada 12 April 2013 jam 3.00 petang bertempat di Mes Pegawai Kanan IPK Sabah.

Mendahului senarai ialah YDH DCP Dato' Pahlawan Hj Hamza Bin Taib dinaikkan ke pangkat CP dan kekal jawatannya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...