Isnin, 14 Julai 2014

SPRM P.Pinang Tahan Sarjan Wanita Terima Rasuah RM750


NIBONG TEBAL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan di Mahkamah Jawi di sini kerana dipercayai meminta rasuah.

Sumber berkata wanita berusia 36 tahun itu ditahan ketika sedang menerima wang sebanyak RM750 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk membebaskan rakannya yang ditahan reman.

Beliau berkata anggota polis itu, yang dipercayai pegawai penyiasat kes rakan lelaki itu, berjanji akan membebaskannya jika dia membayar sejumlah wang.
 

Sindiket Pengedaran Dadah Kini Sasar Pelajar Sekolah


KOTA BAHARU, 13 Julai (Bernama) -- Sindiket pengedaran dadah di negara ini kini menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran kerana golongan itu lebih mudah terpedaya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pihaknya mengesan sindiket dadah beralih kepada pelajar sekolah kerana melihat adanya pasaran buat mereka.

"Pelajar senang dipengaruhi kerana ada di antara mereka tidak tahu kesan penggunaan dadah," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) di sini, hari ini.

Media Sosial Diingat Jangan Perlekah ESSCom


KOTA BAHARU: Media sosial di negara ini diingatkan agar tidak memperlekehkan usaha pasukan keselamatan yang mengawal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sebaliknya harus bersama-sama kerajaan mendaulatkan negara daripada sebarang pencerobohan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang berlaku di perairan Sabah termasuk terbaru semalam, ia membabitkan soal maruah negara dan ia merupakan masalah bersama dan bukannya kesalahan itu diletakkan di bahu pasukan keselamatan semata-mata.

Mayat lelaki dikerat dua dalam guni ditemui di hutan

Gambar hiasan saja
Mayat lelaki dipercayai dikerat dua dan satu bahagian disumbat di dalam sebuah guni, ditemui di kawasan hutan berhampiran kebun getah di Sungai Tamu, di Batang Kali hari ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Shukri Yaacob berkata mayat itu ditemui tanpa bahagian badan dari perut hingga ke kaki itu dipercayai dibunuh lebih 24 jam lepas.
Katanya, mayat itu ditemui orang awam yang sedang mencari katak di kawasan tersebut kira-kira pukul 2.10 petang.
"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat dan dipercayai warga asing.
"Kita percaya mayat dibunuh dan dikerat dua sebelum disumbat di dalam guni jerami dan dibuang di kawasan ini," katanya ketika dihubungi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...