Sabtu, 5 Julai 2014

10 minit kejar bot pancung 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan

Johor Bahru: Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia terdiri daripada 19 lelaki dan 11 perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki ditahan selepas bot pancung dinaiki mereka dipintas oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 2 kira-kira satu batu nautika dari Pantai Pontian, awal pagi tadi.
Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, turut ditahan seorang tekong dan dua pembantunya warga Indonesia. 
"Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, dua bot ronda PPM Wilayah 2 sedang menjalankan rondaan Ops Cantas Perairan telah mengesan bot yang dinaiki pendatang sedang menuju ke perairan Indonesia. 

105 Individu Ditahan Terbabit Dalam Aktiviti Pemalsuan MyKad


GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan 105 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pemalsuan MyKad sejak September tahun lepas hingga April ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada anggota sindiket dan individu yang bergerak aktif menjalankan kegiatan berkenaan bagi mengaut keuntungan.

"Berdasarkan siasatan, kita mendapati mereka yang ditahan itu terdiri daripada tiga kategori utama iaitu sindiket yang menyasarkan warga asing yang berhajat menjadi warganegara Malaysia.

"Dua lagi ialah individu yang mengenakan bayaran tertentu kepada pihak yang mahukan kad pengenalan dan individu yang melaksanakan aktiviti itu secara berkala dengan menumpukan di kawasan tertentu terutama di ladang serta kawasan perumahan yang mempunyai warga asing," katanya.

Empat Suspek LTTE Ditahan


KUALA LUMPUREmpat lelaki yang disyaki pemimpin kanan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) ditahan dalam beberapa serbuan pada Khamis.

Suspek yang dipercayai ketua kumpulan LTTE ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman ekoran serbuan yang dilakukan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang suspek yang ditahan adalah pakar pembuat bom yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...