Isnin, 18 Januari 2016

Tiga Cedera Parah Diserang Kumpulan Lelaki Bersenjata Parang

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki cedera parah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah stesen minyak, di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Mohd Ali Thamby berkata, dalam kejadian pukul 5.10 pagi itu, ketiga-tiga mangsa dan seorang lagi rakan mereka berhenti untuk mengisi minyak kereta yang mereka naiki di stesen minyak itu apabila didatangi 10 lelaki yang bersenjatakan parang.

Lelaki Ditembak Mati Sejurus Keluar Dari Hotel Bajet

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun mati ditembak ketika meninggalkan hotel bajet di Jalan Kuchai Lama di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata, menurut saksi, kejadian 6.15 petang itu menyaksikan mangsa ditembak seorang individu bermotosikal yang melarikan diri selepas kejadian berkenaan. 
"Suspek memakai topi keledar hitam, berbaju biru dan bertopeng itu telah melepaskan satu tembakan ke arah mangsa," katanya dalam kenyataan di sini.

Polis rampas dadah bernilai RM14.3 juta

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah dalam empat serbuan berasingan di sekitar Mantin, Negeri Sembilan serta sekitar Lembah Klang semalam.
Serbuan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu berjaya menahan 11 suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki serta dua wanita yang berusia lingkungan 32 hingga 65 tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dalam serbuan itu polis juga berjaya merampas dadah jenis syabu dan pil ekstasi yang bernilai RM14.3 juta. - K/ ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...