Ahad, 15 November 2015

PDRM Siap Siaga Tahap Optimum Hadapi Kemungkinan Berlaku Keganasan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di tahap siap siaga optimum dengan penambahan kekuatan anggota bagi menghadapi kemungkinan berlaku keganasan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai tuan rumah persidangan itu, keselamatan setiap pemimpin negara-negara ASEAN dan rakan dialog menjadi keutamaan.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata PDRM khususnya Bahagian Counter Terrorism kini lebih berhati-hati dan berwaspada terhadap apa jua aktiviti yang disyaki membabitkan keganasan.

RASUAH: Pengarah Imigresen Perak, Penolong Penguatkuasa di Reman

IPOH, 15 Nov (Bernama) -- Pengarah Imigresen Negeri Perak dan seorang penolong penguatkuasa jabatan berkenaan, yang ditahan reman sejak Khamis lepas kerana disyaki menerima dan meminta rasuah daripada pemilik sebuah pusat hiburan di Sitiawan, dibebaskan hari ini.

Peguam Mohamed Yazzer Azzad Zainudin, yang mewakili kedua-dua suspek, berkata mereka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...