Jumaat, 26 Disember 2014

Dua Mayat Lelaki Warga Asing Dijumpai dibunuh


BUKIT MERTAJAM, 25 Dis (Bernama) -- Dua mayat lelaki dipercayai warga asing dijumpai secara berasingan di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok di sini, Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP P.R. Gunarajan berkata mayat lelaki pertama ditemui orang awam pada 10.57 pagi dalam keadaan pergelangan tangan kanannya dikerat dan dipercayai dibunuh di tempat lain.

"Mangsa yang berusia 30-an dipercayai telah mati dalam tempoh tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan mayatnya yang telah berulat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Warga Emas Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel dengan kesan tembakan


IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan duduk di kerusi dan terdapat sepucuk pistol di bahagian pahanya di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata lelaki berusia 69 tahun itu ditemui mati kira-kira pukul 6 petang oleh seorang pekerja hotel berkenaan.
 
"Pekerja hotel yang melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berdarah di bahagian mulut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kedai Emas Disamun Enam Lelaki Bersenjatakan Parang


JOHOR BAHARU: Sebuah kedai emas di Jalan Sagu 3, Taman Daya, di sini, kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun enam lelaki bersenjatakan parang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian itu berlaku 8.57 pagi ketika kedai terbabit baru memulakan operasi perniagaan setengah jam sebelum itu.

"Tiba-tiba, enam lelaki berjaket hitam, bersenjatakan tiga parang serta memakai topi keledar berpenutup muka dikatakan menyerbu masuk ke kedai terbabit lalu memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan dua tukul," katanya ketika dihubungi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...