JOHOR BAHARU: Sebuah kedai emas di Jalan Sagu 3,
Taman Daya, di sini, kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun enam lelaki
bersenjatakan parang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata
kejadian itu berlaku 8.57 pagi ketika kedai terbabit baru memulakan operasi
perniagaan setengah jam sebelum itu.
"Tiba-tiba, enam lelaki berjaket hitam, bersenjatakan tiga parang
serta memakai topi keledar berpenutup muka dikatakan menyerbu masuk ke kedai
terbabit lalu memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan
dua tukul," katanya ketika dihubungi.


