Rabu, 16 Julai 2014

Zakiah Aleip dijangka dapat dibebaskan sebelum Aidilfitri


KUALA LUMPUR: Anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas, dijangka dapat dibebaskan sebelum Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan melakukan yang terbaik untuk membawa anggota polis berusia 26 tahun itu pulang ke pangkuan keluarganya sebelum Aidilfitri, akhir bulan ini.

"Malam tadi mangsa menghubungi ibu dan isterinya. Dia maklumkan dia berada dalam keadaan selamat. Walau bagaimanapun, kami sedang melakukan usaha yang terbaik untuk membawa pulang anggota itu, jika boleh, sebelum raya.

Wang tunai RM50,000 dilarikan oleh dua lelaki


KUANTAN - Dua lelaki melarikan wang tunai RM50,000 milik seorang pengusaha syarikat perniagaan di depan rumahnya di Lorong Kubang Buaya di sini semalam.
Wanita berumur 37 tahun itu turut dipukul dan mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa baru keluar daripada keretanya apabila didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
"Kedua-duanya melarikan beg wanita berkenaan yang mengandungi wang tunai RM50,000 dan beberapa dokumen penting,” katanya kepada Bernama.
Wang itu dikeluarkan di sebuah bank di sini. - Bernama

Serangan ada kaitan Nur Misuari?


KUALA LUMPUR 14 Julai - Insiden serangan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah, kelmarin yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi diculik didakwa ada kaitan dengan kumpulan yang setia dengan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana tidak berpuas hati apabila dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...