Ahad, 5 Januari 2014

ANGGOTA POLIS DUA BERANAK DIKHUATIRI LEMAS

Foto
NIBONG TEBAL: Seorang anggota polis dan anak lelakinya dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Tanjung Berembang dekat sini, kira-kira 6 petang semalam.
Kejadian itu disedari seorang lelaki yang berada di kolam udang berhampiran kawasan terbabit sebelum menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian itu.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan memulakan operasi mencari kira-kira jam 7.15 petang namun dihentikan 15 minit selepas itu kerana cuaca mulai gelap.

Jurucakap pasukan bomba dan penyelamat berkata, operasi mengesan dua mangsa yang dikhuatiri lemas itu akan diteruskan kira-kira jam 7 pagi esok

Wanita Ditemui Mati Dikelar Dalam Tab Mandi

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja wanita sebuah pusat kecantikan di Jalan Jelawat 1, Cheras di sini, ditemui mati terlentang di dalam tab mandi premis itu, Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, mayat mangsa yang merupakan warga India berumur 28 tahun ditemui kira-kira 9.30 malam oleh majikan dan seorang lelaki yang dipercayai suami mangsa, selepas terhidu bau busuk ketika membuka pintu premis berkenaan.
"Mayat mangsa ditemui di dalam tab yang tidak berisi air dan dipercayai telah mati empat hari lepas berdasarkan bau busuk dan fizikal badan mangsa yang kebiru-biruan.
"Hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa telah dikelar di leher dan ditikam di dada menggunakan senjata tajam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian kira-kira pukul 2 pagi.
Mohan berkata, mangsa dipercayai bekerja di premis itu selama enam bulan manakala suaminya hanya menumpang di premis berkenaan tetapi menetap di tempat lain.
Katanya, pemilik pusat kecantikan telah ke premis itu bagi menemani suami mangsa untuk mengambil pakaiannya di dalam bilik yang diduduki pasangan itu selepas gagal menghubungi isterinya.
Susulan itu polis menahan suami mangsa berusia 27 tahun, yang juga warga India, selepas dia didapati memberi jawapan meragukan ketika disoal siasat.
"Lelaki itu menimbulkan banyak persoalan berhubung kes itu dan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Setakat ini, polis hanya menahan seorang suspek sahaja yang akan direman bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. - BERNAMA

Pengurus Jualan Dan Seorang Wanita Ditemui Mati Dalam Kereta

Gambar hiasan
IPOH: Seorang pengurus jualan perkakasan logam dan seorang wanita dijumpai mati, kedua-dua dalam keadaan berbogel, di dalam sebuah kereta di Bandar Cyber di sini Jumaat malam.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A.Paramasivam berkata, mayat mangsa yangmasing-masing berusia 58 dan 51 tahun ditemui isteri pengurus jualan berkenaandi bahagian hadapan kereta Proton Wira biru di garaj premis perniagaan itu dengan enjin kenderaan itu masih berfungsi.
Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian Jumaat malam, beliau berkata pada pukul 7.55 malam, si isteri datang ke balai polis berhampiran untuk melapor suaminya tidak pulang ke rumah sejak Khamis lepas.
Sejam selepas itu si isteri dan beberapa anggota keluarganya pergi mencari mangsa di premis perniagaannya yang terletak di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...